oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PERKHIDMATAN PENILAIAN HARTA
Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu)
Pengenalan
Nilai Tahunan
Kadar Peratus
Kawasan Kadaran
Tarikh Cukai Taksiran Dikenakan
Bantahan Kepada Cadangan Nilai Tahunan
Pulangan Balik Kadar/Remisi
Pengecualian Dari Membayar Kadar Atau Pengurangan Kadar Bagi Pegangan Yang Digunakan Semata-mata
Tanggungjawab Seorang Pembayar Cukai Taksiran

 

 No.  Borang  Saiz Fail
1 Borang I (Notis Jualan Atau PindahMilik) 73KB
2 Borang J (Notis Jualan Atau PindahMilik) 89KB
3 Borang Notis  Kekosongan 40KB
4 Borang Penukaran Alamat Pos dan Pembetulan Nama Pemilik 335KB
5 Risalah Remisi 120KB

 

Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu)

1.0 Pengenalan

Kadar juga dikenali sebagai cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh M.P.P.P. ke atas semua pegangan dalam kawasan M.P.P.P. yang berdasarkan kepada 'Nilai Tahunan" dan 'Kadar Peratus' Tahunan. Cukai taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu dalam bulan Januari dan Julai. Contoh Pengiraan Amaun Cukai Taksiran:

Nilai Tahunan Pegangan

RM 3,000

Kadar Peratus Tahunan

10%

 

Cukai Taksiran Harta ialah RM 3,000 x 10% = RM 300 setahun atau RM 150 setiap 6 bulan

2.0 Nilai Tahunan

Nilai Tahunan sesuatu pegangan, seperti ditafsirkan dalam Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan, 1976, adalah anggaran sewa tahunan pegangan itu dapat diberi sewa dengan berpatutan kepada seseorang penyewa dengan anggapan pemilik membayar kos pembaikan, insurans dan perbelanjaan lain yang perlu untuk menyenggarakan pegangan itu.

3.0 Kadar Peratus

Kadar peratus ditetapkan setiap tahun oleh Majlis mengikut keperluan kewangan. Kadar peratus yang dilulus oleh Majlis akan dikekalkan bagi sepanjang tahun dan rayuan tidak boleh dibuat terhadapnya.

Kadar Peratus Taksiran dalam Tahun 2006 adalah seperti berikut :-

No. Jenis Harta Kawasan 1
(George Town)
Kawasan 2
(Luar Bandaraya)
1. Perindustrian 13.50% 13.50%
2. Perdagangan 10.30% 10.30%
3. Kediaman - bertanah 8.30% 8.30%
4. Kediaman - Berstrata 7.50% 7.50%
5. Kediaman - Kos Rendah 7.00% 7.00%
6. Kongsi / Pertubuhan 7.00% 7.00%
7. Tanah Kosong - Kemajuan 4.50% 1.70%
8. Tanah Kosong - Pertanian 0.00% 1.00%
9. Hotel 13.50% 13.50%
10. Industri Kecil Asas Tani 6.80% 6.80%

Pages: 1  2  3  4  

Bookmark and Share
Paparan : 12922
Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Januari 2012