Soalan Lazim Soalan Lazim

CUKAI TAKSIRAN :

1. Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan. 

2. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?

Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.

3. Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPPP sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?

Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksi ran yang dikenakan oleh MPPP adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.

4. Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?

Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MPPP memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri. 

 

LESEN PERNIAGAAN :

Apakah jenis aktiviti yang memerlukan lesen Majlis ?

  • Establisymen Makanan
  • Tred dan Perniagaan
  • Kilang
  • Rumah Urut
  • Hotel
  • kandang Lembu/Kuda
  • Memeliharaan Khinzir
  • Pasar Prebet
  • Tempat Letak Kereta
  • Iklan
  • Garaj
  • Tempat Hiburan Awam
  • Penjaja
  • Gerai Pasar, Tapak Penjaja Sementara dan Kompleks
  • Gerai Jalan Awam/Tanah Persendirian
  • Gerai Bermusim/Perayaan
  • Kenderaan Tanpa Motor
  • Lesen Anjing
  • Lesen Beca Awam
  • Lesen Pengayuh Beca Awam

 

Bagaimanakah cara memohon lesen untuk Pelbagai Tred Perniagaan ?

1) Dapatkan borang permohonan (borang komposit) di kaunter Bahagian Pelesenan.
2) Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.
3) Kemukakan borang di kaunter Bahagian Pelesenan. Surat Akuan terima akan dihantarkan kepada pemohon.
4) Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan.
5) Pemohon akan dihubungi melalui surat sama ada permohonan ditolak atau diluluskan dengan syarat-syarat tertentu.

Bagaimana cara  memohon Lesen Gerai Penjaja ?

1) Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pelesenan
  a) PK 001 untuk Penjaja
  b) PK 002 untuk Gerai

2) Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.

3) Kemukakan borang di kaunter Bahagian Pelesenan Kad Akuan terima akan dikeluarkan kepada pemohon.

 

Bagaimana cara  memohon Lesen Gerai Pasar, Tapak Penjaja Sementara dan Kompleks Majlis ?

Pemohon akan dipanggil untuk temuduga apabila terdapat kekosongan gerai.

Bagaimana cara  memohon Lesen Penjaja (Statik/Beredar) ?

1) Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas tapak lokasi/gerai berkenaan.

2) Pemohon akan dihubungi melalui surat berkenaan keputusan permohonan.

Pages: 1  2