button
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile.
qrcode
oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal LATAR BELAKANG Background Default Background1 Background2 Background3

Perutusan YDP

UCAPAN YANG BERBAHAGIA
AR. HAJJAH PATAHIYAH BINTI ISMAIL,
YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
SEMPENA PERASMIAN PASAR LEBUH CECIL
PADA 6 JANUARI 2012


Selamat pagi  dan salam sejahtera,

Saudara Pengerusi Majlis
Y.B. Tuan Chow Kon Yeow
Ahli MMK Negeri Pulau Pinang.
Y.B Tuan Lau Keng Ee
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pengkalan Kota
Yang Berusaha En. Ong Ah Teong
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Yang Berusaha Ahli Majlis - Ahli Majlis
Yang Berusaha Setiausaha Perbandaran
Ketua-ketua Jabatan

Para Wartawan dan seterusnya Tuan-Tuan, Puan-Puan hadirin yang dihormati

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada Yang Berhormat Tuan Chow  Kon Yeow, Ahli MMK Negeri Pulau Pinang kerana sudi melapangkan masa untuk perasmian Tapak Penjaja Lebuh Cecil yang dinaiktaraf kepada Pasar Lebuh Cecil pada pagi yang mulia ini. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Majlis sambutan pada petang ini. Program perasmian Pasar Lebuh Cecil, Pulau Pinang merupakan anjuran Kerajaan Negeri bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan dan isu-isu yang berkaitan para penjaja. Majlis juga sedang berusaha untuk memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan perniagaan yang sediada kepada kemudahan yang lebih selesa dan dilengkapi dengan keperluan asas termasuk bekalan eletrik dan air.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tapak Penjaja Lebuh Cecil mempunyai sebanyak 323 gerai dengan 188 gerai bagi keluaran pasar, 28 gerai buah-buahan manakala gerai bagi makanan/minuman sebanyak 107 gerai. Sebanyak 188 gerai bagi keluaran pasar didapati berada dalam keadaan tidak tersusun dan selesa. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM1,070,456.40 untuk kerja-kerja naiktaraf Tapak Penjaja Lebuh Cecil kepada Pasar Lebuh Cecil.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk makluman para hadirin sekalian, sehingga kini Majlis telahpun menyediakan sejumlah 23 buah Pasar Awam, 40 buah Kompleks Penjaja dan 50 buah Tapak Penjaja.  Kemudahan-kemudahan ini akan terus diselenggara dan dinaiktaraf dari semasa ke semasa. Untuk tahun 2011 sebanyak 5 pasar telah diperuntukkan wang untuk kerja-kerja naik taraf selain dari Tapak Penjaja Lebuh Cecil iaitu Pasar Jelutong sebanyak RM810,370.00, Astaka Batu Maung sebanyak RM768,877.06, Pasar Pulau Tikus sebanyak RM877,754.00 dan Pasar Air Itam sebanyak RM963,808.82.

Bagi tahun 2011 Majlis juga telah memperkenalkan sesi temuduga terbuka untuk pengisian kekosongan di pasar, kompleks dan tapak penjaja. Sehingga bulan Disember 2011 Majlis telah membuka 9 sesi temuduga terbuka dengan kehadiran seramai 1225 orang dan sebanyak 642 orang telah berjaya diperuntukkan gerai di Kompleks/Pasar/TP Majlis.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis faham bahawa para penjaja ingin mencari nafkah hidup untuk menampung keperluan keluarga masing-masing, tetapi janganlah dalam keghairahan mencari  rezeki kita lupa tanggungjawab sosial  kita.

Di samping itu, adalah penting juga aspek kebersihan perlu diamalkan oleh semua pegerai yang menjual barangan pasar mahupun makanan/minuman.  Sehubungan dengan ini, di samping mengadakan program pendidikan dan latihan untuk para pengendali makanan, Majlis akan terus mengadakan operasi  bersepadu  bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, bagi mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas gerai-gerai makanan yang kotor.  Selain daripada itu, Majlis juga akan terus merancangkan lebih banyak program yang akan memanfaatkan para penjaja dan masyarakat secara amnya.

Namun, untuk menjayakan program-program ini khususnya program menaikrataf tapak-tapak penjaja dan program peningkatan kebersihan gerai perniagaan, komitmen dan penglibatan masyarakat penjaja amatlah diperlukan. 

Untuk  mengakhiri  ucapan  saya,  saya  sekali  lagi  ingin  mengambil  kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Chow Kon Yeow kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan Pasar Baru Lebuh Cecil, Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.




 

Bookmark and Share
Paparan : 168
Tarikh Akhir Dikemaskini : 04 Januari 2012