| Bukit Bendera |
  
| | Sesiapa yang pertama kali ke Pulau Pinang seharusnya menjejakkan kaki mereka ke sini. Di sini kita dapat melihat pemandangan dari atas bukit dan ianya amat menarik sekali. Di sini diberikan jadual waktu keretapi bergerak. Waktu keretapi bertolak dari bawah : 6.30 am (cuti) 7.00am hari biasa dan setiap setengah jam hingga jam 9.00 pm. Sabtu : 6.30am, 6.45am, 7.00am dan setiap setengah jam hingga jam 11.00pm Tiket untuk dewasa RM4 (pergi balik / return) manakala untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 (pergi balik / return). |
| |
| Taman Burung |
  
| | Terletak di Seberang Jaya, Taman Burung Pulau Pinang merupakan taman burung pertama dan terbesar di Malaysia. Dibuka pada 1988, ia beroperasi di sebuah kawasan yang berkeluasan 5 ekar dan mempunyai koleksi lebih daripada 300 spesis burung dari seluruh dunia di mana lebih 150 spesis adalah berasal dari Malaysia. |
| |
| Taman Negara |
  
| | Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang, Daerah Barat Daya. Jaraknya dari bandar Georgetown adalah lebih kurung 20 kilometer. Taman negara ini adalah seluas 1381 hektar yang merangkumi keluasan daratan dan lautan yang telah digazetkan. |
| |
| Jambatan Pulau Pinang |
 
| | Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia TenggaraLebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan dengan tanah di besar semenanjung |
| |
| Komtar |

| | Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan yang paling tinggi di Pulau Pinang dan ke-6 di Malaysia. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya. |
| |
| Batu Feringgi |
 
| | Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang. |