button
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile.
qrcode
oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal LATAR BELAKANG Background Default Background1 Background2 Background3

Perutusan YDP

TEKS UCAPAN HAJJAH PATAHIYAH BINTI ISMAIL
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

KEJOHANAN BOLING SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011 PADA 24 OGOS 2011 [HARI RABU], MASA 12.00 TENGAH HARI BERTEMPAT DI PUSAT INFORMASI, FASA II TAMAN PERBANDARAN



Yang Berbahagia Encik B.C. Cheah
Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Pulau Pinang

Para Penaja;

Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola;

Para Media Massa;

Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati sekalian;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

-    Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola, wakil-wakil jabatan, para penaja dan para media massa kerana turut bersama pada hari ini untuk Majlis Sidang Akhbar Kejohanan Boling Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tahun 2011.

-    Hadirin yang dihormati sekalian, Kejohanan Boling Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang diadakan setiap tahun dan ianya akan dianjurkan secara bergilir-gilir oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Pada tahun ini, Jawatankuasa Induk Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik saya selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai Pengerusi untuk menganjurkan Kejohanan Boling Sempena Hari Jadi TYT yang ke-73.

-    Untuk makluman para hadirin, pada tahun ini Majlis akan menganjurkan kejohanan ini pada 16 hingga 18 September 2011 bertempat di Premium Lanes, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.  Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut dua kategori terbuka kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan seMalaysia termasuk semua Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kategori khas kepada VVIP dan VIP.

-    Hadiah-hadiah istimewa disediakan untuk semua peringkat pertandingan iaitu pertandingan single, double dan trio.  Johan keseluruhan untuk kategori terbuka akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000.00 beserta piala.

-    Pada kejohanan ini juga, Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan dua piala rebutan iaitu Piala Johan Keseluruhan dan Piala Khas untuk kategori Pihak Berkuasa Tempatan.

-    Objektif kejohanan ini iaitu untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kesukanan di antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

-    Pada tahun ini juga, Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan menganjurkan George Town-IJM 1st International Golf Championship 2011 pada 26 November 2011 bertempat di Bukit Jawi Golf Resort. Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga akan menjayakan World Friendship Music Fest’ [Prelude] pada 11 hingga 13 November 2011 bertempat di Queensbay, Pulau Pinang.


-  Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Sidang Akhbar ini.

-    Saya yakin semangat kejohanan seperti ini akan berterusan demi untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang agar sentiasa aktif dalam bidang sukan dan rekreasi.

    Sekian, terima kasih.
 

Bookmark and Share
Paparan : 347
Tarikh Akhir Dikemaskini : 05 Disember 2011