oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PENGUMUMAN

Penutupan Sementara Bulatan Di Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah / Jalan Tun Awang (Bulatan Bayan Baru) Sempena Pelancaran Program Angkat-Cadangan menaiktaraf Bulatan Bayan Lepas Oleh Tetuan Setia Promenade Sdn. Bhd.
_________________________________________________________________________

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Bulatan Bayan Lepas akan ditutup secara sementara dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam pada 15 April 2010 untuk membolehkan Majlis Perasmian Projek Angkat – Menaiktaraf Bulatan Bayan Lepas Oleh Tetuan Setia Promenade Sdn. Bhd.

Semasa penutupan tersebut, kenderaan - kenderaan boleh menggunakan laluan-laluan alternatif sediada dengan membuat pusingan ’U’ di Jalan Sultan Azlan Shah dan persimpangan Jalan Bayan Lepas / Jalan Gurada. Pihak polis akan berada di tapak untuk mengawal aliran lalulintas.

Kerjasama orang ramai adalah sangat diharapkan. Sebarang kesulitan yang mungkin timbul adalah amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Bookmark and Share
Paparan : 4089
Tarikh Akhir Dikemaskini : 16 April 2010