Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
BERITA & PENGUMUMAN

PENUKARAN ALIRAN DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN TINGKAT TEMBAGA, PULAU PINANG

 

Majlis akan menukar arah aliran lalulintas dua hala ke sehala  di sebahagian Tingkat Tembaga pada 10 November 2009 (Hari Selasa) jam 10.00 pagi.  Sesalinan pelan adalah disertakan.

2.         Arah aliran lalulintas sehala dan tindakan yang telah dicadangkan adalah seperti berikut:-

BIL

JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN

1.

Tingkat Tembaga di antara Persiaran Tembaga dan Lintang Tembaga

Dari Persiaran Tembaga ke Lintang Tembaga

2.

Jalan khidmat Tingkat Tembaga di antara Persiaran Tembaga dan Lintang Tembaga

Dari Lintang Tembaga ke Persiaran Tembaga

3.         Tujuan sistem jalan sehala dicadangkan adalah untuk melegakan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas di jalan-jalan dan persimpangan terlibat. Di samping ini, cadangan tersebut adalah untuk  mengurangkan konflik lalulintas dan gangguan kepada aliran lalulintas akibat perletakan kenderaan di tepi jalan.

4.         Pemandu-pemandu  adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat. 

Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 5 NOVEMBER  2009

 

 

CARIAN
KALENDAR
30 Julai 2010
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Lagi Peristiwa Bulan Ini

 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Unit Tadbiran Perancangan dan Pengurusan Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang   Portal MSC  Portal OSC