oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PENGUMUMAN

Penukaran Aliran Lalulintas Sehala Kepada Dua Hala Di Sebahagian Tingkat Paya Terubong 2, Paya Terubong Pulau Pinang

Dengan ini dimaklumkan bahawa mulai Hari Jumaat, 17 April 2009 jam 10.00 pagi, Majlis akan menukarkan aliran lalulintas sehala kepada dua hala di sebahagian Tingkat Paya Terubong 2.

2. Bahagian Tingkat Paya Terubong 2 yang dijadikan jalan dua hala adalah di antara persimpangan Tingkat Paya Terubong 1 / Tingkat Paya Terubong 2 dan masuk laluan Blok 2, Tingkat Paya Terubong 2 seperti yang ditunjukkan di dalam pelan. Dengan pelaksanaan sistem jalan dua hala ini perletakan kenderaan dilarang di sebelah timur bahagian Tingkat Paya Terubong 2 yang terlibat (salinan pelan disertakan).

3. Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Bertarikh : 15 April 2009

Bookmark and Share
Paparan : 5736
Tarikh Akhir Dikemaskini : 16 April 2009