| |
| MAKLUMAT AM CUKAI TAKSIRAN | Bil-bil kadar di pos dua kali setahun pada penghujung Disember / Jun yang harus dibayar dengan sempurna selewat-lewatnya Februari / Ogos masing-masing. | Kewajipan Semua Pemunya Harta (bangunan & tanah) | - Jika bil asal tidak diterima: Pemegang harta dinasihatkan mendapatkan salinan bil dari kaunter Pejabat Kutipan Hasil M.P.P.P. untuk bayaran (sebelum tempoh tamat bayaran) dengan mengemukakan resit lama.
- Jika tidak tinggal di alamat harta: Pemegang harta diminta melapor kepada Pengarah Nilaian M.P.P.P. secara bertulis dengan serta-merta untuk menukar alamat pos.
- Jika telah jual/beli harta: Mengisi Borang I dan serahkan kepada Pengarah Nilaian M.P.P.P. dalam tempoh (3) bulan.
| | Tindakan Dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Atas Tunggakan Kadar Yang Tidak Dibayar | - Menurut Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, akaun-akaun kadar yang belum dijelaskan pada tarikh akhir Februari / Ogos akan dikenakan denda Notis secara automatik seperti berikut:-
| Jumlah kadar yang belum dijelaskan RM100.00 kebawah Lebih dari RM100.00 | Bayaran denda Notis yang dikenakan RM1.00 2% (dengan angka-angka sen dijadikan Genap) | - Tuanpunya adalah diingatkan bahawa kegagalan membayar tunggakan, termasuk denda Notis yang dikenakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh Notis diposkan akan mengakibatkan Waran Tahanan dikenakan. Bayaran Waran Tahanan dikenakan mengikut Seksyen 148(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:-
| Jumlah kadar yang belum dijelaskan RM100.00 kebawah Lebih dari RM100.00 | Bayaran denda Waran yang dikenakan 10% 20% (dengan angka-angka sen dijadikan Genap) | - Disusuli oleh:-
- Tindakan Undang-Undang (Borang H) - akan dikenakan kos tambahan, kos peguam & faedah.
- Tindakan Inventori (Borang G) - barang-barang alih akan disita untuk dilelong oleh Pelelong Swasta M.P.P.P., pemegang harta akan dikenakan kos tambahan, kos pelelong, pengiklanan, dan sebagainya. Tindakan melelong akan diambil tidak lama lagi ke atas harta-harta alih yang telah disita.
- Tindakan Garnishment Sewa - penyewa-penyewa boleh bayar sewa kepada M.P.P.P. untuk menjelaskan tunggakan kadar yang dihutang oleh pemegang harta untuk mengelak daripada M.P.P.P. mengambil tindakan ke atas harta-harta alih kepunyaan penyewa.
| | NB: Penyewa-penyewa dinasihatkan semak dengan M.P.P.P. sama ada terdapat tunggakan kadar sebelum menyewa sesuatu premis. Ini dapat mengelakkan daripada tindakan diambil terhadap harta mudah alih kepunyaan penyewa. | Pusat-Pusat Bayaran Bil-Bil Kadar (hanya di Pejabat di Pulau Pinang sahaja) | | | M.P.P.P. di KOMTAR & Balik Pulau Pihak Berkuasa Air Tenaga Nasional Bhd Pedeco Bayan Baru Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Telekom Semua Pejabat Pos Maybank Telebanking Bank Pertanian | YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG Tarikh: 1 Januari 2006 |
|
|