Notis adalah dengan ini diberikan menurut peruntukan Seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada pemilik-pemilik bangunan yang telah memberikan notis bertulis kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang bahawa bangunan yang mana baginya cukai taksiran telahpun dibayar dan telah kosong selama tempoh tidak kurang satu bulan kalendar dalam setengah tahun pertama 2010 dan yang mana baginya satu bayaran balik dituntut. Borang tuntutan tersebut telah diedarkan dan hendaklah dilengkapkan dengan menyatakan tarikh-tarikh bila bangunan itu tidak diduduki dan juga alamat surat-menyurat mengenainya boleh dihantar dan mestilah disertakan dengan resit rasmi bagi pembayaran cukai taksiran untuk setengah tahun pertama tuntutan tersebut dibuat. Borang berkenaan mestilah dikemukakan dan diterima oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Paras 12, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang sebelum 31 Julai 2010. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang Bertarikh: 31hb. Disember 2009 Ruj: MPPP/JNH/BBC/2010-1 |