| |
| 9. Pembatalan amalan memberi pengurangan/potongan amaun denda/kompaun Majlis Perbandaran Pulau Pinang | | | | Adalah dimaklumkan bahawa jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan di mesyuaratnya pada 21 Oktober 2008 telah membuat keputusan supaya amalan sediada untuk memberi potongan/pengurangan kepada amaun denda/kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (MPPP dan MPSP), diberhentikan berkuatkuasa dari 1 November 2008. | | | | Susulan dari keputusan itu, YB Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan telah bersetuju untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menikmati potongan/pengurangan amaun denda/kompaun (kecuali kesalahan pembersihan) secara pentadbiran sehingga 21 November 2008. Ini bermakna bagi tempoh 1 November 2008 hingga 21 November 2008, semua denda/kompaun akan diberi potongan/pengurangan mengikut kadar-kadar yang dibenarkan di kaunter bayaran sahaja. | | | | Mulai dari 22 November 2008, semua amaun denda/kompaun perlu dibayar dengan sepenuhnya mengikut amaun yang ditetapkan mengikut jenis kesalahan. | | | Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang | | |
|
|