| |
PROGRAM GOTONG-ROYONG
| Kerjasama orang ramai adalah perlu untuk menjayakan program pengurusan sampah pepejal. Ke arah ini, satu kempen telah dilancarkan iaitu "Kempen Kesedaran Kebersihan" pada 5 Mei 1991 bersempena dengan Program Tindakan Untuk Menjadikan Malaysia Bersih dan Indah (ABC).
Majlis menggalakkan gotong royong dan penyertaan masyarakat dalam kempen kebersihan dengan harapan ianya dapat memberi kesedaran terhadap pengwujudan alam sekitar yang bersih dan indah. |









