PENUKARAN ALIRAN DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN TINGKAT TEMBAGA, PULAU PINANG
Majlis akan menukar arah aliran lalulintas dua hala ke sehala di sebahagian Tingkat Tembaga pada 10 November 2009 (Hari Selasa) jam 10.00 pagi. Sesalinan pelan adalah disertakan.
2. Arah aliran lalulintas sehala dan tindakan yang telah dicadangkan adalah seperti berikut:-
BIL | JALAN YANG TERLIBAT | ARAH ALIRAN LALULINTAS DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN |
1. | Tingkat Tembaga di antara Persiaran Tembaga dan Lintang Tembaga | Dari Persiaran Tembaga ke Lintang Tembaga |
2. | Jalan khidmat Tingkat Tembaga di antara Persiaran Tembaga dan Lintang Tembaga | Dari Lintang Tembaga ke Persiaran Tembaga |
3. Tujuan sistem jalan sehala dicadangkan adalah untuk melegakan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas di jalan-jalan dan persimpangan terlibat. Di samping ini, cadangan tersebut adalah untuk mengurangkan konflik lalulintas dan gangguan kepada aliran lalulintas akibat perletakan kenderaan di tepi jalan.
4. Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.
Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 5 NOVEMBER 2009