Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu) 1.0 Pengenalan Kadar juga dikenali sebagai cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh M.P.P.P. ke atas semua pegangan dalam kawasan M.P.P.P. yang berdasarkan kepada 'Nilai Tahunan" dan 'Kadar Peratus' Tahunan. Cukai taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu dalam bulan Januari dan Julai. Contoh Pengiraan Amaun Cukai Taksiran:
Cukai Taksiran Harta ialah RM 3,000 x 10% = RM 300 setahun atau RM 150 setiap 6 bulan
2.0 Nilai Tahunan Nilai Tahunan sesuatu pegangan, seperti ditafsirkan dalam Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan, 1976, adalah anggaran sewa tahunan pegangan itu dapat diberi sewa dengan berpatutan kepada seseorang penyewa dengan anggapan pemilik membayar kos pembaikan, insurans dan perbelanjaan lain yang perlu untuk menyenggarakan pegangan itu.
3.0 Kadar Peratus Kadar peratus ditetapkan setiap tahun oleh Majlis mengikut keperluan kewangan. Kadar peratus yang dilulus oleh Majlis akan dikekalkan bagi sepanjang tahun dan rayuan tidak boleh dibuat terhadapnya. Kadar Peratus Taksiran dalam Tahun 2006 adalah seperti berikut :-
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||