Dengan hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Majlis sedang mempertimbangkan cadangan jalan sehala di Lebuh Relau Dua seperti pelan (lihat pelan) yang disertakan. Arah aliran lalulintas sehala yang telah dicadangkan adalah dari persimpangan Lebuh Relau 2 /Lebuh Relau ke persimpangan Lebuh Relau 4/ Lebuh Relau 8/ Lebuh Relau 2. 2. Tujuan jalan sehala ini dicadangkan adalah seperti berikut:- i. Mengurangkan konflik lalulintas di bahagian persimpangan-persimpangan yang terlibat; ii. Melicinkan aliran lalulintas dan meningkatkan keselamatan; iii. Membolehkan ruang tambahan disediakan untuk perletakan kenderaan. 3. Majlis mengharapkan bahawa tuan/ puan dapat mengemukakan pandangan dan ulasan terhadap cadangan jalan sehala ini sebelum 15 April 2009 supaya Majlis dapat mempertimbangkannya sebelum keputusan dibuat. 4. Sekiranya tuan/ puan ingin mengemukakan pandangan atau ulasan, tuan/ puan boleh menulis kepada Majlis di alamat berikut:- Pengarah Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Pulau Pinang Tingkat 13, Komtar 10675 Pulau Pinang (Fax No: 2611990) atau menghubungi Majlis di talian No: 04-2592202 (Rafidah atau Rashidah) atau e-mail kepada rajendra@mppp.gov.my 5. Majlis menghargai segala input daripada tuan/ puan dan mendahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Biro Penerangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang Tarikh : 10 Mac 2009 |