Soalan Lazim Soalan Lazim

TEMPAT LETAK KERETA - SISTEM BERTIKET :

1. Mengapa notis tindakan tiket dikeluarkan, sedangkan bayaran telah dijelaskan?

Jaw: Berkemungkinan bayaran yang dibuat telah terlewat iaitu 7 hari atau bayaran dibuat di tempat lain (agen lain yang menerima bayaran). Bagi mengelak kekeliruan yang mungkin timbul pada masa hadapan, dinasihati agar resit disimpan untuk tempoh sekurang-kurang enam (6) bulan dari tempoh bayaran.

2. Dimanakah bayaran untuk notis letak kereta boleh dijelaskan jika tiada atenden letak kereta di kawasan tersebut?

Jaw: Bayaran boleh dijelaskan di pondok bayaran Persiaran Gurney bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari. Bayaran juga boleh dibuat di Paras 3 KOMTAR untuk waktu pejabat sahaja.

Isnin hingga Khamis – 8.00 pagi hingga 1.00 petang
1.00 petang hingga 2.00 petang (REHAT)
2.00 petang hingga 4.30 petang

Jumaat - 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 petang hingga 4.30 petang

3. Berapakah bayaran yang sepatutnya saya jelaskan?

Jaw: Jika pihak tuan menjelaskan bayaran letak kereta dalam tempoh 7 hari (termasuk Sabtu & Ahad & kelepasan am) bayaran adalah mengikut tempoh yang tercatat pada notis yang dikeluarkan.

Jika selepas 7 hari, bayaran denda lewat sebanyak RM10.00 akan di tambah dengan jumlah bayaran sepatutnya dibayar. Sekiranya pihak tuan/ puan masih tidak menjelaskan bayaran tersebut selepas tempoh yang ditetapkan (3 bulan), notis tindakan akan dikeluarkan yang berjumlah RM30.00 dan ditambah dengan jumlah bayaran yang sepatutnya dijelaskan.

4. Jika saya tinggal di luar Pulau Pinang, bagaimana cara untuk saya menjelaskan bayaran tersebut?

Jaw: Dengan mengirim wang pos atau cek atas nama MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG atau MPPP.

5. Mengapakah notis tindakan masih dikeluarkan sedangkan kereta telah dijualkan?

Jaw: Tukar milik kereta masih belum dikemaskinikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

6. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak pernah datang ke Pulau Pinang tetapi notis tindakan telah dikenakan terhadap saya?

Jaw: Pihak tuan hendaklah merujuk kepada nombor piring cukai yang tercatat pada notis tindakan yang dikeluarkan ke atas kenderaan tuan/ puan. Jika didapati nombor piring cukai yang dinyatakan di atas notis tindakan tersebut TIDAK SAMA dengan nombor piring cukai kenderaan anda, sila maklumkan semula kepada Majlis untuk pembatalan.

7. Kenapa parking atenden kawasan lain tidak mahu menerima notis daripada kawasan yang lain sedangkan bayaran perlu dibuat?

Jaw: Sekiranya hal ini terjadi, pihak tuan/ puan diminta datang ke Pejabat di paras 3 KOMTAR atau pergi ke Pesiaran Gurney untuk melaporkan keadaan ini, jika tempoh notis adalah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis dikeluarkan.

8. Mengapa setengah atenden letak kereta mengenakan bayaran yang lebih dari yang sepatutnya?

Jaw: Pihak tuan mempunyai hak untuk tidak menjelaskan bayaran seperti yang diminta sebaliknya hendaklah datang ke Pejabat, di paras 3 KOMTAR untuk menjelaskan bayaran yang sepatutnya dan bolehlah membuat aduan untuk tindakan selanjutnya.


TEMPAT LETAK KERETA - SISTEM METER :

1. Didapati meter rosak, kemudian dikenakan saman, adakah harus dibayar notis tindakan tersebut?

Jaw. Pemilik kereta hendaklah membuat aduan berkenaan kerosakkan meter kepada Majlis di paras 3, Komtar.

Siasatan akan dijalankan untuk mengesahkan kerosakan meter. Sekiranya didapati meter adalah rosak, pembatalan akan dibuat ke atas notis tindakan itu dengan menghantar surat sebagai makluman kepada pemilik kereta.

Sekiranya, meter berada dalam keadaan baik, pemilik hendaklah menjelaskan bayaran seperti berikut

a) RM15.00 dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat yang hantar
b) RM20.00 selepas 7 hari dari tarikh surat yang hantar
c) RM30.00 jika Notis Tindakan telah dikeluarkan.

2. Kenapa penguatkuasa mengeluarkan pemberitahu tentang kesalahan tanpa memeriksa keadaan meter terlebih dahulu?

Jaw. Selalunya, semasa pemberitahu tentang kesalahan dikeluarkan oleh pegawai penguatkuasa keadaan meter menunjukkan berada keadaan baik. Di samping itu, masa di meter menunjukkan telah 0.00 yang menyebabkan pemberitahu tentang kesalahan dikeluarkan.


3. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak pernah datang ke Pulau Pinang tetapi notis tindakan telah dikenakan terhadap saya?

Jaw: Pihak tuan hendaklah merujuk kepada nombor piring cukai yang tercatat pada notis tindakan yang dikeluarkan ke atas kenderaan tuan/ puan. Jika didapati nombor piring cukai yang dinyatakan di atas notis tindakan tersebut TIDAK SAMA dengan nombor piring cukai kenderaan anda, sila maklumkan semula kepada Majlis untuk pembatalan.

4. Bolehkah saya meletak kenderaan sekiranya didapati meter rosak?

Jaw. Merujuk kepada Perintah Sistem Meter 1992, meter yang didapati rosak, tidak dibenarkan meletak kenderaan.

5. Mengapakah notis tindakan masih dikeluarkan sedangkan kereta telah dijualkan?

Jaw. Tukar milik kereta masih belum dikemaskinikan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

6. Dimanakah bayaran notis tindakan meter letak kereta boleh dibayar?

Jaw: Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran paras 3 KOMTAR atau pejabat Cawangan Balik Pulau dan Cawangan PISA. Berikut adalah waktu bayaran:

Isnin hingga Khamis – 8.00 pagi hingga 1.00 petang
1.00 petang hingga 2.00 petang (REHAT)
2.00 petang hingga 4.30 petang

Jumaat - 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari
2.45 petang hingga 4.30 petang

Bayaran juga boleh dibuat di pondok bayaran di Persiaran Gurney ( 6.30 petang hingga 10.30 malam – setiap hari).


KOMPAUN

1. Saya tidak pergi ke tempat kesalahan, pada tarikh kesalahan tersebut?

Jaw : Berkemungkinan kenderaan tuan/puan dipinjamkan kepada ahli keluarga yang lain. Jika perkara ini masih diragui, tuan/puan diminta mengemukakan salinan geran kenderaan dan salinan piring cukai di unit 4 paras 3 Komtar untuk tindakan selanjutnya.

2. Saya hanya meletak kereta sekejap sahaja tetapi tetap dikenakan pemberitahu tentang kesalahan?

Jaw: Sila rujuk ke Bahagian Penguatkuasa untuk tindakan lanjut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Majlis Perbandaran
Pulau Pinang,
Paras 4, KOMTAR,
Jalan Penang,
10675 Pulau Pinang

Tel: 04-259 2020
Fax: 04-262 6260
aduan@mppp.gov.my

Hotline : 04-2637637
: 04-2637000

atau http://aduan.mppp.gov.my/

Pages: 1  2