1. Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran? Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan. 2. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan? Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain. 3. Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPPP sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah? Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksi ran yang dikenakan oleh MPPP adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976. 4. Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri? Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MPPP memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri. 5. Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong? Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.
JENIS LESEN JENIS AKTIVITI YANG MEMERLUKAN LESEN MAJLIS:
BAYARAN LESEN Kadar Lesen adalah tertakluk kepada jenis Aktiviti/Perniagaan yang dijalankan. CARA MEMOHON LESEN UNTUK PELBAGAI TRED: Dapatkan borang permohonan (borang komposit) di kaunter Bahagian Pelesenan. CARA MEMOHON LESEN GERAI PENJAJA Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pelesenan Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki. Kemukakan borang di kaunter Bahagian Pelesenan Kad Akuan terima akan dikeluarkan kepada pemohon. UNTUK GERAI PASAR, TAPAK PENJAJA SEMENTARA DAN KOMPLEKS MAJLIS. Pemohon akan dipanggil untuk temuduga apabila terdapat kekosongan gerai. UNTUK PENJAJA (STATIK/BEREDAR) Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas tapak lokasi/gerai berkenaan. Pemohon akan dihubungi melalui surat berkenaan keputusan permohonan.
Pages:
1 2
|
||||