PROJEK MAJLIS PROJEK MAJLIS


  • Medan Pejalan Kaki Lebuh Campbell/Lebuh Buckingham

  • Kompleks Gerai Desa Mayang

  • Tandas Contoh

  • Projek Pemuliharaan Dan Penaiktarafan Lebuh Acheh-Lebuh Armenian

  • Taman Masyarakat Relau

  • Projek-Projek Infrastruktur Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9)

 

Medan Pejalan Kaki Lebuh Campbell/Lebuh Buckingham
Pembinaan medan pejalan kaki ini telah mencantikkan satu kawasan beli-belah tradisional di George Town. Projek ini telah menjadikan Lebuh Campbell lebih popular
dan menghasilkan keadaan lalu lintas yang lebih tenang di bandar raya. Projek ini telah siap pada bulan Julai 1999 dengan kos sebanyak RM2.37 juta.


Kompleks Gerai Desa Mayang
Kompleks Gerai Desa Mayang yang mempunyai 42 gerai pasar dan gerai makan telah siap dibina pada 3 September 1999 dengan kos RM957,000.00.


Tandas Contoh
Dengan peruntukan kewangan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dua tandas contoh yang berharga RM200,000.00 tiap-tiap satunya telah siap dibina di Padang Kota Lama berhampiran Kota Cornwallis dan di Lorong Kulit.


Projek Pemuliharaan Dan Penaiktarafan Lebuh Acheh-Lebuh Armenian
Projek ini yang terletak di dalam kawasan bandar raya telah dikenal pasti sebagai "kawasan bersejarah dan kebudayaan" dan akan membantu aspirasi George Town mencapai taraf "Bandar Raya Warisan Dunia". Kerja-kerja yang terlibat termasuk pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur, kemudahan dan utiliti, pembinaan medan pejalan kaki, penyediaan perabot hiasan jalan, pembinaan pusat penerangan, kerja-kerja lanskap, penyediaan kemudahan awam untuk golongan kurang upaya, dan juga tandas, tempat letak kereta serta pembangunan semula hartanah MPPP untuk dijadikan Pusat Latihan Kebudayaan. Anggaran kos projek ini ialah sebanyak RM40 juta.

Taman Masyarakat Relau
Majlis bersama-sama Jabatan Lanskap Negara sedang melaksanakan Fasa 1 Taman Masyarakat Relau yang merangkumi tapak seluas kira-kira 11 ekar dan menelan belanja sebanyak RM3.5 juta yang disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke Tujuh. Fasa ini akan siap menjelang bulan Oktober 2000. Seluruh Taman Masyarakat Relau ini akan termasuk tapak seluas 110 ekar, di antara Jalan Paya Terubong dan Jalan Tun Sardon. Projek utama ini akan dibangunkan untuk merangkumi empat (4) zon:

  • Zon Budaya (yang mengandungi kompleks pelawat, kedai cenderamata, plaza seni dan galeri serbaguna jenis "sunken", dataran bunga bermusim, maze taman "topiary", galeri dan jejak sejarah);
  • Zon Pelancongan Berasaskan Pertanian (yang merangkumi dusun buah-buahan, tapak pasar tani, kawasan perkhemahan, tasik buatan dan tempat letak kereta);
  • Zon Pelancongan Berasaskan Persekitaran (yang mengandungi konservatori flora dan fauna, denai hutan dan jambatan gantung, kawasan luncur atas rumput dan panggung terbuka), dan
  • Zon Hutan Lipur (yang merangkumi kawasan perkhemahan, litar berhalang, tasik dan jejak ekuesterian)

Projek-Projek Infrastruktur Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9)
Projek-projek infrastruktur oleh Majlis di bawah RMK-9 setakat 30 September 2008 meliputi projek-projek berikut: