oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Khidmat Pengurusan

 

  1. Semua pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan yang cepat dan cekap dalam tempoh menunggu tidak melebihi tiga (3) minit.
  2. Semua aduan yang berkaitan dengan Majlis akan disalurkan kepada Jabatan Majlis pada hari yang sama dan diakui terima kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari. Maklumbalas kepada pelanggan akan diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh aduan
  3. Permohonan yang lengkap yang diterima dari Jabatan berhubung pengesahan dalam perkhidmatan kakitangan akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.
  4. Temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan akan dilaksanakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh senarai pendek diluluskan.
  5. Permohonan untuk permit mengeluarkan barang-barang lusuh dari kawasan perindustrian akan diproses dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan.
  6. Permohonan untuk pas tahunan zon perindustrian bebas akan diproses dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan.
  7. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh penerimaan dari Jabatan.
  8. Memberi khidmat nasihat ICT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permintaan diterima.
  9. Memproses dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan/ kursus/ seminar/ konvensyen di dalam dan luar negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  10. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Biasa Majlis sekurang-kurangnya diadakan satu (1) kali sebulan serta menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh mesyuarat berkenaan diadakan.
  11. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  12. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
 
Jabatan Perbendaharaan

 

  1. Bil-bil cukai akan disediakan dan disampaikan melalui pos kepada setiap pembayar cukai dua (2) kali setahun iaitu 10 Januari dan 10 Julai.
  2. Masa menunggu untuk membayar bil-bil di kaunter kasyer adalah dihadkan selama dua puluh (20) minit bagi masa sibuk dan sepuluh (10) minit bagi masa kurang sibuk.
  3. Bayaran kepada pembekal dan kontraktor Majlis akan diproses dan cek akan disiap dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh sesuatu invois diterima dengan lengkap dari Jabatan untuk pembayaran.
  4. Pemeriksaan ke atas meter tempat letak kereta dan papan tanda tempat letak kereta dilakukan sebanyak empat (4) kali sebulan.
  5. Pemeriksaan ke atas petak tempat letak kereta dilakukan sebanyak empat (4) kali sebulan.
  6. Penyediaan Akaun Tahunan dimuktamadkan pada bulan Mac tahun berikut.
  7. Menyediakan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari.
  8. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
 
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Kesihatan dan Perlesenan

 

i) Bahagian Kesihatan Awam
  1. Tindakan-tindakan untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit yang berkesan akan dijalankan lima (5) hari seminggu.
  2. Tindakan-tindakan untuk tujuan kawalan wabak akan digerakkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam apabila dilandai wabak.
  3. Tindakan pemeriksaan untuk tujuan pengawalan kebersihan premis makanan akan dijalankan tiga puluh (30) premis sebulan
  4. Memupuk kesedaran dan mengubah sikap masyarakat ke arah nilai-nilai positif terhadap kesihatan awam melalui aktiviti ceramah sebanyak dua puluh (20) kali sebulan dan pameran sebanyak dua (2) kali sebulan.
  5. Semua proses penyembelihan haiwan dan pemeriksaan daging di Rumah Sembelih Majlis akan dijalankan dalam tempoh dua (2) jam.
  6. Semua permit sembelih (Lesen Khas) akan dikeluarkan dengan serta-merta selepas permohonan diterima.
  7. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  8. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  9. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

ii) Bahagian Perkhidmatan Perbandaran

  1. Semua sisa pepejal dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari untuk premis komersial dan tiga (3) hari seminggu untuk premis kediaman.
  2. Semua sisa pepejal dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari kecuali hari Ahad bagi bangunan “High Rise”.
  3. Semua parit dan jalan dibersihkan mengikut jadual iaitu setiap hari untuk parit utama dan tiga (3) hari seminggu untuk kawasan lain.
  4. Memastikan pasar awam sentiasa berada dalam keadaan bersih sewaktu ianya dibuka kepada orang ramai.
  5. Membersihkan tandas awam kepunyaan MPPP sekurang-kurangnya sekali sehari.
  6. Aduan mengenai sampah yang tidak dikutip pada hari pungutan akan diambil tindakan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.
  7. Aduan mengenai parit tersumbat akan diambil tindakan pemulihan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam.
  8. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  9. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  10. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

iii) Bahagian Pelesenan

  1. Permohonan lesen establisymen makanan, iklan tempat hiburan awam, garaj, tred, perniagaan dan perindustrian serta gerai di atas tanah prebet diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu dan lesen dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  2. Permohonan lesen gerai dalam kedai makanan diluluskan dan lesen dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  3. Permohonan lesen tapak gerai pasar/kompleks/tapak penjaja sementara dikeluarkan dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh temuduga.
  4. Permohonan lesen gerai sementara/gerai bermusim diluluskan dan lesen dikeluarkan dalam satu (1) hari.
  5. Permohonan lesen “banner/streamers” diputuskan dalam tempoh empat (4) hari bekerja dan lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  6. Permohonan lesen anjing/kenderaan tanpa motor diputuskan serta-merta.
  7. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  8. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  9. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
 
Jabatan Bangunan

 

  1. Permohonan Pelan Bangunan bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan akan diproses di dalam tempoh empat (4) bulan dan Pelan Bangunan Biasa akan diproses dalam tempoh enam (6) bulan.
  2. Permohonan untuk kelulusan Pelan-pelan Bangunan Mudah (‘On The Spot Approval’) akan diproses secara serta-merta dan keputusan akan diberi dalam tempoh empat belas (14) hari.
  3. Permohonan Pelan-pelan Pembaharuan akan diproses secara serta-merta (On The Spot Approval) dan keputusan akan diberi dalam tempoh empat belas (14) hari.
  4. Permohonan Kebenaran Memulakan Kerja akan diproses dengan serta-merta dan keputusan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari.
  5. Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  6. Permohonan Merancang untuk tujuan menukar kegunaan bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  7. Permohonan pelan permit yang diterima akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  8. Permohonan permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  9. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  10. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  11. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
 
Jabatan Kejuruteraan

 

  1. Permohonan bagi pelan-pelan Kejuruteraan yang melibatkan Pelan Parit dan Jalan, Pelan Lampu Jalan, Pelan Kerja Tanah dan Pelan Pembersihan akan diputuskan dalam tempoh tidak melebihi lima puluh (50) hari dengan syarat semua dokumen dikemukakan dengan lengkap dan teratur dan mematuhi syarat-syarat Majlis.
  2. Perakuan bagi Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  3. Semua permohonan untuk bahan-bahan memperbaiki laluan kampung secara gotong-royong akan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  4. Kelulusan bagi permohonan Permit Menggali Jalan akan dikeluarkan dalam tempoh masa tujuh (7) hari tertakluk kepada semua syarat-syarat Jabatan dipatuhi.
  5. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh dua puluh lima (25) hari.
  6. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  7. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
 
Jabatan Perancangan Pembangunan

 

  1. Permohonan Kebenaran Merancang bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan samada secara serentak/ berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat (4) bulan.
  2. Permohonan Kebenaran Merancang bagi kaedah Jual Kemudian Bina (JKB) samada secara serentak/ berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh enam (6) bulan.
  3. Permohonan untuk kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula diproses dan diluluskan dalam tempoh dua (2) bulan.
  4. Permohonan untuk melanjutkan Pelan Kebenaran Merancang diluluskan serta merta ‘On The Spot Approval’ dan kelulusan diberikan dalam tempoh satu (1) bulan.
  5. Permohonan untuk kelulusan Pelan Lanskap yang dikemukakan kepada Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) akan diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.
  6. Perakuan bagi Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  7. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat puluh (40) hari.
  8. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  9. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

 

 
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

 

  1. Semua harta akan siap ditaksirkan dari tarikh penerimaan notis dalam tempoh enam (6) bulan.
  2. Semua permohonan tuntutan balik/remisi kadar akan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan.
  3. Semua permohonan pengecualian dari membayar cukai taksiran akan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan.
  4. Semua permohonan penukaran pemilikan akan diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu.
  5. Semua carian dan pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam tempoh tujuh (7) hari.
  6. Semua permohonan untuk membuat pembetulan dalam senarai nilaian akan diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  7. Permohonan penyewaan hartanah Majlis diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan.
  8. Memperakukan pengeluran Sijil Layak Menduduki Bangunan kepada Jabatan Bangunan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan memo Jabatan Bangunan.
  9. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  10. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  11. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

 

 
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan

 

  1. Menganjurkan acara-acara pelancongan bertaraf antarabangsa sekurang-kurangnya dua (2) acara setahun secara profesional sesuai dengan hubungan organisasi dan peserta-peserta dari luar negara.
  2. Menganjurkan program sukan dan rekreasi berbentuk massa dan komuniti dengan penglibatan NGO’s secara total ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya warga Pulau Pinang sentiasa ”Bersih, Aktif, Sihat & Cergas” (C.A.S.H) serta melaksanakan aktiviti rekreasi di taman-taman awam dan rekreasi sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti aerobik, line dancing, ballroom dancing dan taici.
  3. Permohonan bagi tempahan balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam & rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya akan diputuskan serta-merta dan permohonan secara surat menyurat akan dijawab dalam tempoh masa dua (2) hingga satu (1) minggu.
  4. Tuntutan bil pembekal dan kontraktor akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari (termasuk hari cuti) untuk pembayaran.
  5. Menyelenggara taman-taman awam dan rekreasi setiap hari supaya mencapai aduan sifar.
  6. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
  7. Semua pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan yang cepat, cekap dan mesra.

 

 
Unit Undang-Undang

 

  1. Setiap penyediaan kontrak kerja-kerja, pembekalan dan perkhidmatan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari
  2. Setiap tindakan ke atas penyediaan namaan dan perjanjian penyewaan akan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari.
  3. Semua pertanyaan mengenai perundangan akan diberikan jawapan dalam tempoh empat belas (14) hari
  4. Ulasan/pandangan teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari.
  5. Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.
  6. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

 

 
Unit Audit Dalam

 

  1. Mengadakan Mesyuarat Pengurusan Unit Audit pada setiap bulan.
  2. Tugas-tugas pengauditan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu bagi audit pengurusan dan kewangan disediakan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja.
  3. Tugas-tugas pengauditan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu bagi audit susulan disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  4. Tugas-tugas pengauditan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu bagi audit mengejut disediakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  5. Menyedia dan mengeluarkan laporan audit yang seimbang dan bebas bagi audit pengurusan dan kewangan disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  6. Menyedia dan mengeluarkan laporan audit yang seimbang dan bebas bagi audit susulan disediakan dalam tempoh empat (4) hari bekerja
  7. Menyedia dan mengeluarkan laporan audit yang seimbang dan bebas bagi audit mengejut disediakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  8. Mengambil tindakan susulan dan pemantauan terhadap Jabatan/Bahagian supaya dapat mengemukakan sebarang pertanyaan audit dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  9. Mengambil tindakan kepada arahan Yang Dipertua jika diminta untuk menjalankan sebarang pengauditan atau semakan yang dilakukan secara “ad hoc” dan mengemukakan laporan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  10. Menyediakan Laporan Tahunan Audit Dalam sebelum berakhir bulan Januari tahun berikutnya.

 

Bookmark and Share
Paparan : 12842
Tarikh Akhir Dikemaskini : 25 Mei 2011