|
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
|
1.
|
Semua
pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan yang cepat dan
cekap dalam tempoh menunggu tidak melebihi tiga (3) minit. |
2.
|
Semua aduan
yang berkaitan dengan Majlis akan disalurkan kepada Jabatan
Majlis pada hari yang sama dan diakui terima kepada pelanggan
dalam tempoh tiga (3) hari. Maklumbalas kepada
pelanggan akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh
aduan |
| 3 |
Permohonan
yang lengkap yang diterima dari Jabatan berhubung pengesahan dalam
perkhidmatan kakitangan akan diproses dalam tempoh empat belas (14)
hari. |
4.
|
Temuduga bagi
mengisi kekosongan jawatan akan dilaksanakan dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh senarai pendek diluluskan. |
5.
|
Permohonan untuk
permit mengeluarkan barang-barang lusuh dari kawasan perindustrian akan
diproses dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan. |
| 6. |
Permohonan untuk
pas tahunan zon perindustrian bebas akan diproses dalam tempoh satu (1)
hari dari tarikh permohonan. |
| 7. |
Tindakan
penguatkuasaan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh
penerimaan dari Jabatan. |
| 8. |
Memberi khidmat
nasihat ICT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permintaan
diterima. |
| 9. |
Memproses dan
meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan/ kursus/ seminar/
konvensyen di dalam dan luar negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja
dari tarikh penerimaan permohonan. |
| 10. |
Mengurus dan
menyelaras Mesyuarat Biasa Majlis sekurang-kurangnya diadakan satu (1)
kali sebulan serta menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7)
hari selepas tarikh mesyuarat berkenaan diadakan. |
| 11. |
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
| 12. |
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
|
|
|
|
|
JABATAN
PERBENDAHARAAN. |
1.
|
Bil-bil cukai
akan disediakan dan disampaikan melalui pos kepada setiap pembayar
cukai dua (2) kali setahun iaitu 10 Januari dan 10 Julai. |
| 2. |
Masa menunggu
untuk membayar bil-bil di kaunter kasyer adalah dihadkan selama dua
puluh (20) minit bagi masa sibuk dan sepuluh (10) minit bagi masa
kurang sibuk. |
3.
|
Bayaran kepada
pembekal dan kontraktor Majlis akan diproses dan cek akan disiap dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh sesuatu invois diterima dengan
lengkap dari Jabatan untuk pembayaran. |
4.
|
Pemeriksaan ke
atas meter tempat letak kereta dan papan tanda tempat letak kereta
dilakukan sebanyak empat (4) kali sebulan. |
5.
|
Pemeriksaan ke
atas petak tempat letak kereta dilakukan sebanyak empat (4) kali
sebulan. |
6.
|
Penyediaan Akaun
Tahunan dimuktamadkan pada bulan Mac tahun berikut. |
7.
|
Menyediakan
bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari. |
8.
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
JAB. PERKHIDMATAN PERBANDARAN, KESIHATAN DAN PELESENAN
|
|
i) Bahagian
Kesihatan Awam |
1.
|
Tindakan-tindakan
untuk tujuan pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit yang
berkesan akan dijalankan lima
(5) hari seminggu. |
2.
|
Tindakan-tindakan
untuk tujuan kawalan wabak akan digerakkan dalam tempoh dua puluh empat
(24) jam apabila dilandai wabak. |
3.
|
Tindakan
pemeriksaan untuk tujuan pengawalan kebersihan premis makanan akan
dijalankan tiga puluh (30) premis sebulan. |
4.
|
Memupuk
kesedaran dan mengubah sikap masyarakat ke arah nilai-nilai positif
terhadap kesihatan awam melalui aktiviti ceramah sebanyak dua puluh
(20) kali sebulan dan pameran sebanyak dua (2) kali sebulan. |
5.
|
Semua proses
penyembelihan haiwan dan pemeriksaan daging di Rumah Sembelih Majlis
akan dijalankan dalam tempoh dua (2) jam. |
6.
|
Semua permit
sembelih (Lesen Khas) akan dikeluarkan dengan serta-merta selepas
permohonan diterima. |
7.
|
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
8.
|
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
9.
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
ii)
Bahagian Perkhidmatan Perbandaran
|
1.
|
Semua sisa
pepejal dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari untuk
premis komersial dan tiga (3) hari seminggu untuk premis kediaman. |
2.
|
Semua sisa
pepejal dikutip dan diangkat mengikut jadual iaitu setiap hari kecuali
hari Ahad bagi bangunan “High Rise”. |
3.
|
Semua parit dan
jalan dibersihkan mengikut jadual iaitu setiap hari untuk parit utama
dan tiga (3) hari seminggu untuk kawasan lain. |
4.
|
Memastikan
pasar awam sentiasa berada dalam keadaan bersih sewaktu ianya dibuka
kepada orang ramai. |
5.
|
Membersihkan
tandas awam kepunyaan MPPP sekurang-kurangnya sekali sehari. |
6.
|
Aduan mengenai
sampah yang tidak dikutip pada hari pungutan akan diambil tindakan
dalam tempoh dua puluh empat (24) jam. |
7.
|
Aduan mengenai
parit tersumbat akan diambil tindakan pemulihan dalam tempoh empat
puluh lapan (48) jam. |
8.
|
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
9.
|
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
10.
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
iii) Bahagian Pelesenan |
1.
|
Permohonan lesen
establisymen makanan, iklan tempat hiburan awam, garaj, tred,
perniagaan dan perindustrian serta gerai di atas tanah prebet
diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu dan lesen dikeluarkan dalam
tempoh tujuh (7) hari. |
2.
|
Permohonan lesen
gerai dalam kedai makanan diluluskan dan lesen dikeluarkan dalam tempoh
tujuh (7) hari bekerja. |
3.
|
Permohonan lesen
tapak gerai pasar/kompleks/tapak penjaja sementara dikeluarkan dalam
tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh temuduga. |
4.
|
Permohonan lesen
gerai sementara/gerai bermusim diluluskan dan lesen dikeluarkan dalam
satu (1) hari. |
5.
|
Permohonan lesen
“banner/streamers” diputuskan dalam tempoh empat (4) hari bekerja dan
lesen dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. |
6.
|
Permohonan lesen
anjing/kenderaan tanpa motor diputuskan serta-merta. |
7.
|
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
| 8. |
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
9.
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
JABATAN
BANGUNAN |
| 1. |
Permohonan Pelan
Bangunan bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi,
Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan akan diproses di dalam tempoh empat
(4) bulan dan Pelan Bangunan Biasa akan diproses dalam tempoh enam (6)
bulan. |
| 2. |
Permohonan untuk
kelulusan Pelan-pelan Bangunan Mudah (‘On The Spot Approval’) akan
diproses secara serta-merta dan keputusan akan diberi dalam tempoh
empat belas (14) hari. |
| 3. |
Permohonan
Pelan-pelan Pembaharuan akan diproses secara serta-merta (On The Spot
Approval) dan keputusan akan diberi dalam tempoh empat belas (14) hari. |
| 4. |
Permohonan
Kebenaran Memulakan Kerja akan diproses dengan serta-merta dan
keputusan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari. |
| 5. |
Permohonan Sijil
Kelayakan Menduduki akan diproses dan diputuskan dalam tempoh empat
belas (14) hari bekerja. |
| 6. |
Permohonan
Merancang untuk tujuan menukar kegunaan bangunan akan diproses dan
diputuskan dalam tempoh tiga (3) bulan. |
| 7. |
Permohonan pelan
permit yang diterima akan diproses dan diputuskan dalam tempoh tujuh
(7) hari. |
| 8. |
Permohonan
permit membaiki bangunan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh
tujuh (7) hari. |
| 9. |
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
| 10. |
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
| 11. |
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
JABATAN KEJURUTERAAN
|
| 1. |
Permohonan bagi
pelan-pelan Kejuruteraan yang melibatkan Pelan Parit dan Jalan, Pelan
Lampu Jalan, Pelan Kerja Tanah dan Pelan Pembersihan akan diputuskan
dalam tempoh tidak melebihi lima puluh (50) hari dengan syarat semua
dokumen dikemukakan dengan lengkap dan teratur dan mematuhi
syarat-syarat Majlis. |
| 2. |
Perakuan bagi
Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari
bekerja. |
| 3. |
Semua permohonan
untuk bahan-bahan memperbaiki laluan kampung secara gotong-royong akan
diputuskan dalam tempoh tujuh (7) hari. |
| 4. |
Kelulusan bagi
permohonan Permit Menggali Jalan akan dikeluarkan dalam tempoh masa
tujuh (7) hari tertakluk kepada semua syarat-syarat Jabatan dipatuhi. |
| 5. |
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh dua puluh lima (25) hari. |
| 6. |
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
| 7. |
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
JABATAN
PERANCANGAN PEMBANGUNAN
|
1.
|
Permohonan
Kebenaran Merancang bagi kaedah Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak
Tinggi, Pelaburan Asing dan Projek Kerajaan samada secara
serentak/ berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh
empat (4) bulan. |
2.
|
Permohonan
Kebenaran Merancang bagi kaedah Jual Kemudian Bina (JKB) samada secara
serentak/ berasingan akan diproses dan diputuskan dalam tempoh enam (6)
bulan. |
3.
|
Permohonan untuk
kelulusan Pelan Pecah Sempadan, Penyerahan dan Pemberimilikan Semula
diproses dan diluluskan dalam tempoh empat (4) bulan bagi Bina Kemudian
Jual (BKJ) dan enam (6) bulan bagi Jual Kemudian Bina (JKB). |
4.
|
Permohonan untuk
melanjutkan Pelan Kebenaran Merancang diluluskan serta merta ‘On The
Spot Approval’ dan kelulusan diberikan dalam tempoh empat belas (14)
hari bekerja. |
5.
|
Permohonan untuk
kelulusan Pelan Lanskap yang dikemukakan kepada Jawatankuasa One Stop
Centre (OSC) akan diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan. |
6.
|
Perakuan bagi
Sijil Kelayakan Menduduki akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari
bekerja. |
| 7. |
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
8.
|
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
9.
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
JABATAN
PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
|
1.
|
Semua harta akan
siap ditaksirkan dari tarikh penerimaan notis dalam tempoh enam (6)
bulan. |
2.
|
Semua permohonan
tuntutan balik/remisi kadar akan diputuskan dalam tempoh dua (2) bulan. |
3.
|
Semua permohonan
pengecualian dari membayar cukai taksiran akan diputuskan dalam tempoh
dua (2) bulan. |
4.
|
Semua permohonan
penukaran pemilikan akan diputuskan dalam tempoh empat (4) minggu. |
5.
|
Semua carian dan
pertanyaan mengenai cukai taksiran akan dijawab dalam tempoh tujuh (7)
hari. |
6.
|
Semua permohonan
untuk membuat pembetulan dalam senarai nilaian akan diputuskan dalam
tempoh tujuh (7) hari. |
7.
|
Permohonan
penyewaan hartanah Majlis diputuskan dalam tempoh satu (1) bulan. |
8.
|
Memperakukan
pengeluran Sijil Layak Menduduki Bangunan kepada Jabatan Bangunan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan memo Jabatan Bangunan. |
9.
|
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari. |
10.
|
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
11
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
JABATAN KHIDMAT KEMASYARAKATAN
|
1.
|
Menganjurkan acara-acara pelancongan bertaraf antarabangsa
sekurang-kurangnya dua (2) acara setahun secara profesional sesuai
dengan hubungan organisasi dan peserta-peserta dari luar negara. |
2.
|
Menganjurkan program sukan dan rekreasi berbentuk massa dan
komuniti dengan penglibatan NGO’s secara total ke arah merealisasikan
hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya warga Pulau Pinang sentiasa
”Bersih, Aktif, Sihat & Cergas” (C.A.S.H) serta melaksanakan
aktiviti rekreasi di taman-taman awam dan rekreasi
sekurang-kurangnya sekali seminggu seperti aerobik, line dancing,
ballroom dancing dan taici. |
3.
|
Permohonan bagi tempahan balai-balai rakyat, padang-padang
awam, taman-taman awam & rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan
Stadium Bandaraya akan diputuskan serta-merta dan permohonan secara
surat menyurat akan dijawab dalam tempoh masa dua (2) hingga satu (1)
minggu. |
4.
|
Tuntutan bil pembekal dan kontraktor akan diproses dalam
tempoh empat belas (14) hari (termasuk hari cuti) untuk pembayaran. |
5.
|
Menyelenggara taman-taman awam dan rekreasi setiap hari
supaya mencapai aduan sifar. |
6.
|
Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua
(2) hari dan jawapan akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
7.
|
Semua pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan
yang cepat, cekap dan mesra. |
|
|
|
|
|
UNIT UNDANG-UNDANG
|
1.
|
Setiap
penyediaan kontrak kerja-kerja, pembekalan dan perkhidmatan akan
dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari |
2.
|
Setiap
tindakan ke atas penyediaan namaan dan perjanjian penyewaan akan
dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari. |
3.
|
Semua pertanyaan mengenai
perundangan akan diberikan jawapan dalam tempoh empat belas (14) hari |
4.
|
Ulasan/pandangan
teknikal dikemukakan dalam tempoh empat belas (14)
hari. |
5.
|
Menyediakan
baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois. |
6.
|
Aduan yang
diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari dan jawapan
akan diberi dalam tempoh tujuh (7) hari. |
|
|
|
|
|
UNIT
AUDIT DALAM |
1.
|
Mengadakan
Mesyuarat Pengurusan Unit Audit pada setiap bulan. |
2.
|
Tugas-tugas
pengauditan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi spesifikasi
yang ditetapkan iaitu bagi audit pengurusan dan kewangan
disediakan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja. |
3.
|
Tugas-tugas
pengauditan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi spesifikasi
yang ditetapkan iaitu bagi audit susulan disediakan dalam tempoh
tujuh (7) hari bekerja. |
4.
|
Tugas-tugas
pengauditan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi spesifikasi
yang ditetapkan iaitu bagi audit mengejut disediakan dalam tempoh
satu (1) hari bekerja. |
5.
|
Menyedia dan
mengeluarkan laporan audit yang seimbang dan bebas bagi audit
pengurusan dan kewangan disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari
bekerja. |
6.
|
Menyedia dan
mengeluarkan laporan audit yang seimbang dan bebas bagi audit susulan
disediakan dalam tempoh empat (4) hari bekerja |
7.
|
Menyedia dan
mengeluarkan laporan audit yang seimbang dan bebas bagi audit mengejut
disediakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. |
8.
|
Mengambil
tindakan susulan dan pemantauan terhadap Jabatan/Bahagian supaya dapat
mengemukakan sebarang pertanyaan audit dalam tempoh tujuh (7)
hari bekerja. |
9.
|
Mengambil
tindakan kepada arahan Yang Dipertua jika diminta untuk menjalankan
sebarang pengauditan atau semakan yang dilakukan secara “ad hoc” dan
mengemukakan laporan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. |
10.
|
Menyediakan
Laporan Tahunan Audit Dalam sebelum berakhir bulan Januari tahun
berikutnya |
|
|