Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
PERKHIDMATAN KESIHATAN

Pendidikan Kesihatan Awam

Objektif

  1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid sekolah rendah mengenai kebersihan alam sekitar dan penyakit-penyakit berjangkit.
  2. Berusaha mengubah sikap murid-murid sekolah rendah ke arah nilai-nilai positif kesihatan awam supaya kehidupan masyarakat lebih ceria dan sihat.
  3. Memupuk kesedaran di kalangan murid-murid sekolah rendah ke arah makanan selamat.

Aktiviti-Aktiviti
1. Memberi ceramah kesihatan dan kebersihan kepada murid-murid sekolah rendah mengenai 5 tajuk utama:

  • Kebersihan diri.
  • Keracunan makanan.
  • Makanan seimbang.
  • Tabiat Sihat.
  • Penyakit-Penyakit Berjangkit.

2. Menyediakan bahan-bahan ceramah dan pameran dari semasa ke semasa.
3. Menganjur pameran untuk murid-murid sekolah rendah.
4. Menganalisa dan membuat kajian maklum-balas daripada murid-murid sekolah rendah terhadap keberkesanan ceramah-ceramah yang telah diberi.
5. Menyediakan dan membincangkan soalan-soalan bertulis kepada murid-murid sekolah rendah mengenai 5 tajuk utama.

Kawalan Makhluk Perosak

Kawalan Pembiakan Nyamuk

  1. Dalam usaha untuk mengurangkan punca-punca pembiakan dan perlindungan nyamuk, Majlis ini telah mempergiatkan tindakan-tindakan berikut:
    1. Kajian jentik-jentik dari rumah ke rumah.
    2. Membersihkan tanah-tanah lapang yang terbiar, sungai serta parit tanah daripada semak samun.
    3. Mengkompaun pemilik-pemilik dan penghuni-penghuni bangunan, tanah lapang atau tempat swasta yang didapati pembiakan nyamuk.
    4. Mengkompaun pemaju atau pengusaha-pengusaha projek pembinaan yang didapati pembiakan nyamuk.
    5. Menyembur tempat-tempat penakungan air, termasuk parit awam bagi membunuh jentik-jentik nyamuk dan mencegah pembiakan.
    Di samping itu usaha-usaha bagi mematahkan jangkitan demam denggi juga telah dipertingkatkan melalui tindakan-tindakan pengasapan dan pendidikan kesihatan.

  2. Kawalan Gagak
    Bagi mengurangkan populasi gagak di kawasan bandar, pengawasan ke atas 20 buah perangkap-perangkap gagak yang ada telah dipertingkatkan. Perangkap gagak juga telah di tukar lokasi ke kawasan-kawasan yang tinggi bilangan gagak termasuk ke kawasan luar bandar. Di samping itu, Jabatan juga mengadakan Kempen Menembak Gagak dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada pihak Kelab Menembak Pulau Pinang.

  3. Kawalan Rodensa
    Pemusnahan tikus dengan kaedah-kaedah yang tertentu termasuk pemasangan perangkap, pengasapan dan meracun diteruskan khasnya di tempat-tempat yang berpopulasi tinggi bagi tikus.

Pages: 1  2  3  4  5  

CARIAN
KALENDAR
30 Julai 2010
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
Lagi Peristiwa Bulan Ini

 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Unit Tadbiran Perancangan dan Pengurusan Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang   Portal MSC  Portal OSC