PERBENDAHARAAN PERBENDAHARAAN

Pengenalan
 
Majlis adalah sebuah Penguasa Tempatan yang berdikari dari segi kewangan dan diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk mengenakan cukai, lesen-lesen atau caj yang kena dibayar menurut peruntukan-peruntukan undang-undang kecil untuk mendapat hasil. (Contoh: Seksyen 39 dan 127 Akta Kerajaan Tempatan.)

Di samping itu, Majlis juga diberi kuasa-kuasa terhad untuk membelanjakan hasilnya menurut aktiviti-aktiviti yang tertentu yang telah dilulus dalam Belanjawan (Contoh: Bahagian VII hingga Bahagian XII Akta Kerajaan Tempatan.)
 
Carta Organisasi
 
Perbendaharaan
 
Objektif
 
Membentuk cara-cara, kaedah, menggubal dasar dan strategi kewangan, dan memastikan pengurusan/pentadbiran kewangan Majlis dari segi kutipan dan perbelanjaan, dilaksanakan dengan efisien dan efektif selaras dengan matlamat Majlis ke arah mewujudkan perkhidmatan yang telus, cekap dan berkualiti.
 
Fungsi
  1. Mengutip Hasil Majlis.
  2. Mengawal Perbelanjaan Mengikut Bajet Majlis.
  3. Menyedia Bajet, Akaun dan Laporan Kewangan.
  4. Mengurus dan Mengawal Sistem Letak Kereta.
  5. Mengurus Pentadbiran Jabatan.

Pages: 1  2  3  4