GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Pengenalan

Bahagian Perancangan Bandar telah dinaikkan taraf kepada sebuah jabatan pada 1 Januari 1985 selaras dengan penguatkuasaan pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 bagi seluruh negeri Pulau Pinang. Sebelum ini, ia adalah sebuah bahagian di bawah Jabatan Sekretariat Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Sekali lagi pada 8 Mei 1993, Jabatan Perancangan Bandar telah bertukar nama kepada Jabatan Perancang Bandar Dan Pembangunan sejajar dengan fungsi dan peranan yang dimainkan untuk pembangunan Pulau Pinang.

Pada 1 Februari 2004, Unit Lanskap MPPP telah dipindahkan ke Jabatan Perancangan Pembangunan untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi mewujudkan kawasan pentadbiran MPPP sebuah Bandar dalam taman. Mulai 1 Oktober 2004, Jabatan Perancang Bandar Dan Pembangunan ini telah ditukar kepada Jabatan Perancangan Pembangunan.

Jabatan Perancangan Pembangunan

Carta Organisasi

Objektif

  1. Menghasilkan satu bandar yang sejahtera bagi seluruh kawasan pulau Negeri Pulau Pinang "The Most Livable City".
  2. Menentukan pemajuan di Pulau Pinang dijalankan secara teratur dan dirancang supaya ia membawa faedah-faedah sosial, ekonomi dan fizikal yang optima kepada orang ramai dan,
  3. Mewujudkan suatu suasana yang bersesuaian untuk kehidupan, bekerja dan beriadah seperti dihasratkan dalam matlamat Rancangan Struktur bagi Negeri Pulau Pinang

Fungsi

  1. Melaksanakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 dan lain-lain akta yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa;
  2. Menyediakan rancangan tempatan dan lain-lain pelan serta menggubalkan polisi-polisi dan garispanduan untuk tujuan kawalan pemajuan dan kegunaan tanah, perancangan pembangunan dan pemeliharaan bandar;
  3. Memproses permohonan-permohonan untuk kebenaran merancang, pecah sempadan tanah, pertukaran kegunaan tanah dan bangunan dan sebagainya;
  4. Mengumpul dan menganalisa data, kajian-kajian dan penyelidikan berkaitan dengan perancangan, kawalan pemajuan dan pemeliharaan serta merancang dan memantau projek-projek pembangunan Majlis.
  5. Memproses permohonan Pelan Landskap yang dikemukakan oleh pemaju untuk kelulusan dan memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Siap Kerja.
  6. Memproses permohonan penebangan pokok-pokok bagi tujuan pembangunan.
  7. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan pemotongan rumput di tanah-tanah lapang dan bahu-bahu jalan seluruh Pulau Pinang kecuali jalan-jalan persekutuan.
  8. Merancang, menyediakan dan melaksanakan projek lanskap serta menyelenggarakan projek tersebut.
  9. Menyediakan peralatan untuk rekreasi di kawasan-kawasan lapang MPPP.
  10. Memberi bantuan anak-anak benih pokok kepada sekolah-sekolah, badan-badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang layak

Pages: 1  2  3  4  5