| Pandangan dan cadangan anda berkaitan dengan perkara ini amatlah dialu-alukan. Semua pandangan dan cadangan bolehlah e-melkan kepada perancang@mppp.gov.my atau secara bertulis melalui borang Pandangan dan Cadangan yang boleh diperolehi di kaunter Jabatan Perancangan Pembangunan MPPP, Tingkat 16, KOMTAR. Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
1. Tn. Hj. Roslan Bin Ramly 04 2592020 2. En. Mohammed Shaari Bin Mohamed Suhaimi 04 2592020 3. En. Mohamad Ghous Bin Ibrahim 04 2592020 PELAN REKABENTUK BANDAR KAWASAN DALAMAN GEORGE TOWN 1. Perancangan jangka panjang dan menyeluruh telah disediakan untuk Kawasan Dalaman Bandaraya George Town. (George Town Inner City). Satu Pelan Rekabentuk Bandar untuk kawasan dalaman George Town telah disediakan dan terdapat 6 enklaf iaitu: a) Enklaf Kawasan Sivik, b) Enklaf Persisiran Pantai dan Kawasan Pembangunan Semula Persisiran Pantai, c) Enklaf Kewangan, d) Enklaf Kebudayaan, e) Enklaf Perniagaan dan f) Pusat Sivik/Pentadbiran Serta Perniagaan Di Komtar. (Pelan Rekabentuk Bandar ini seperti di Pelan 1). 2. Lanjutan dari Pelan Rekabentuk Bandar ini, satu rangkaian Pelan Pejalan Kaki “Pedestrian Nodes” atau dikenali sebagai PN 21, telah dibentuk untuk menghubungkan 21 titik nodus (Nodes) bagi pejalan kaki dari Pengkalan Weld ke kawasan-kawasan tarikan pelancongan dan warisan di sekitar Bandaraya George Town. PN 21 ini bertujuan untuk :- i) Menyediakan laluan pejalan kaki yang dapat menghubungkan Kawasan Dalaman Bandaraya George Town melalui jaringan pejalan kaki. (Pedestrian Network) ii) Menyediakan kemudahan-kemudahan OKU. iii) Menyediakan satu kejiranan untuk pembangunan Komuniti/masyarakat yang boleh berinteraksi di antara satu dan lain. iv) Untuk menambahbaik tarikan pelancong di kawasan George Town. v) Untuk mempromosikan kawasan warisan dan kebudayaan di George Town dengan berjalan kaki. (Pelan PN 21 adalah seperti Pelan 2) PN 21 ini telah diintegrasikan dengan laluan pelancong di George Town. (Pelan laluan Pelancong seperti Pelan 3) Di dalam melaksanakan Pelan Rekabentuk Bandar ini, MPPP telah melaksanakan 6 projek menaiktaraf bandar (Urban Upgrading) iaitu melalui projek:- i) Lebuh Campbell ii) Lebuh Pantai iii) Lebuh Acheh Lebuh Armenian (Dikenali Sebagai LALA) iv) Little India (Dikenali Sebagai LILI) v) Gold Bazaar vi) Upper Penang Road (UPR) (Fasa 1,2) (6 projek menaiktaraf bandar seperti Pelan 4) Projek-projek ini telah dilaksanakan secara berperingkat menggunakan Konsep (Incremental Planning) untuk mendedahkan penduduk Pulau Pinang dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan. MPPP telah melaksanakan Agenda LA 21 di dalam melaksanakan kesemua projek-projek ini dengan mendapatkan maklumbalas dari penduduk setempat. Kesemua projek-projek ini telah siap kecuali fasa 3 bagi Projek Upper Penang Road. Setelah keseluruhan pelan-pelan ini dapat dilaksanakan, adalah menjadi harapan MPPP supaya kawasan-kawasan menarik di George Town dapat dihubungkan dengan rangkaian laluan pejalan kaki yang mesra penduduk setempat juga mesra pelancong untuk mencapai matlamat Bandaraya Mampan dan Sejahtera. |