MENU

Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu)

  • Pengenalan

  • Nilai Tahunan

  • Kadar Peratus

  • Kawasan Kadaran

  • Tarikh Cukai Taksiran Dikenakan

  • Bantahan Kepada Cadangan Nilai Tahunan

  • Pengecualian Dari Membayar Kadar Atau Pengurangan Kadar Bagi Pegangan Yang Digunakan Semata-mata

  • Tanggungjawab Seorang Pembayar Cukai Taksiran

 

 No.  Borang  Saiz Fail
1 Borang I dan J (Notis Jualan Atau PindahMilik) 49KB
2 Borang Penukaran Alamat Surat Menyurat dan Pembetulan Nama Pemilik 93KB

 

Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu)

1.0 Pengenalan

Kadar juga dikenali sebagai cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh M.P.P.P. ke atas semua pegangan dalam kawasan M.P.P.P. yang berdasarkan kepada 'Nilai Tahunan" dan 'Kadar Peratus' Tahunan. Cukai taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu dalam bulan Januari dan Julai. Contoh Pengiraan Amaun Cukai Taksiran:

Nilai Tahunan Pegangan

RM 3,000

Kadar Peratus Tahunan

10%

 

Cukai Taksiran Harta ialah RM 3,000 x 10% = RM 300 setahun atau RM 150 setiap 6 bulan

2.0 Nilai Tahunan

Nilai Tahunan sesuatu pegangan, seperti ditafsirkan dalam Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan, 1976, adalah anggaran sewa tahunan pegangan itu dapat diberi sewa dengan berpatutan kepada seseorang penyewa dengan anggapan pemilik membayar kos pembaikan, insurans dan perbelanjaan lain yang perlu untuk menyenggarakan pegangan itu.

3.0 Kadar Peratus

Kadar peratus ditetapkan setiap tahun oleh Majlis mengikut keperluan kewangan. Kadar peratus yang dilulus oleh Majlis akan dikekalkan bagi sepanjang tahun dan rayuan tidak boleh dibuat terhadapnya.

Kadar Peratus Baru Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015 :

No. Jenis Harta Kadar Baru 2015
1. Kediaman Bertanah  9.30%
2. Rumah Pangsa Kos Rendah/Sederhana Rendah 7.50%
3. Pangsapuri/Kondominium 8.50%
4. Perdagangan 11.55%
5. Industri 14.75%
6. Hotel 14.75%
7. Persatuan/Kongsi 7.00%
8. Tanah Kemajuan - Kawasan Bandar 5.50%
9. Tanah Kemajuan - Kawasan Luar Bandar 2.70%
10. Tanah Pertanian 1.00%
11. Kelab Golf/Kelab Lumba Kuda 14.75%