MENU

    

Sila layari elesen.mbpp.gov.my

Jenis Aktiviti Yang Memerlukan Lesen

  1. Penubuhan Makanan
  2. Tred, Perniagaan dan Perindustrian
  3. Rumah Urut
  4. Kandang Lembu / Kuda
  5. Memelihara Khinzir
  6. Pasar Prebet
  7. Tempat Letak Kereta Persendirian
  8. Iklan
  9. Iklan (Sementara), Banner / Streamers
  10. Garaj
  11. Tempat Hiburan Awam
  12. Penjaja
  13. Gerai Jalan Awam / Gerai Tanah Prebet
  14. Gerai Bermusim
  15. Kenderaan Tanpa Motor
  16. Anjing
  17. Perniagaan Kecil
  18. Beca Awam / Pengayuh Beca Awam
  19. Gerai Pasar, Tapak Penjaja Sementara dan Kompleks
  20. Kilang
  21. Hotel

Cara Memohon Lesen Untuk Pelbagai Tred

  1. Dapatkan borang permohonan (Borang Komposit) di kaunter Jabatan Pelesenan.
  2. Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.
  3. Kemukakan borang di kaunter Jabatan Pelesenan. Surat akuan terima akan dihantarkan kepada tuan.
  4. Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas premis tuan.
  5. Tuan akan dihubungi melalui surat sama ada permohonan ditolak atau diluluskan dengan syarat-syarat tertentu.

Cara Memohon Lesen Untuk Gerai & Penjaja

  1. Dapatkan borang permohonan di kaunter Jabatan Pelesenan.
  2. Isikan borang dengan lengkap. Sertakan dokumen lain yang dikehendaki.
  3. Kemukakan borang di kaunter Jabatan Pelesenan. Kad akuan terima akan dikeluarkan kepada tuan.
  4. UNTUK GERAI PASAR, TAPAK PENJAJA SEMENTARA DAN KOMPLEKS MAJLIS Tuan akan dipanggil untuk temu duga apabila terdapat kekosongan gerai.
  5. UNTUK PENJAJA (STATIK / BEREDAR) Pegawai-pegawai Majlis akan membuat pemeriksaan ke atas tapak lokasi / gerai tuan.
  6. Tuan akan dihubungi melalui surat berkenaan keputusan permohonan.

Cara Memohon Lesen Perniagaan Kecil

Jabatan Pelesenan mengeluarkan lesen untuk Peniaga Kecil seperti yang disenaraikan:

  1. Penjaja Beredar
  2. Gerai atas Tanah Persendirian
  3. Gerai dalam Kedai Makan
  4. Tapak Penjaja Sementara
  5. Gerai dalam Pasar
  6. Gerai dalam Kompleks
  7. Gerai Bermusim / Perayaan

Cara Memohon

  1. Mengisi Borang 001 - Untuk Penjaja Beredar
  2. Mengisi Borang 002 - Untuk Pasar / Kompleks / TPS
  3. Mengisi Borang 003 - Untuk Gerai atas Tanah Persendirian
  4. Mengisi Borang 004 - Untuk Gerai Bermusim

Syarat Kelayakan

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan
Warganegara Malaysia.

Penjaja Beredar

  1. Tidak boleh mendirikan struktur.
  2. Menjalankan perniagaan dengan van / kereta beredar.
  3. Bukan di kawasan zon tidak dibenarkan menjaja.
  4. Tidak boleh menjaja dekat pasar, sekolah, simpang jalan.
  5. Tidak menjual daging mentah.

Gerai Atas Tanah Persendirian

  1. Kebenaran Tuan tanah.
  2. Pelan Lokasi / Struktur.
  3. Tiada bantahan daripada jabatan-jabatan lain yang berkaitan.

Gerai Dalam Tapak Penjaja Sementara, Kompleks & Pasar-Pasar Malam

  1. Jika ada kekosongan
  2. Berjaya ditemuduga

Gerai Dalam Kedai Makan

  1. Kebenaran tuan punya kedai.
  2. Tidak mendatangkan halangan di kedai makan.

Gerai Bermusim

  1. Menjalankan perniagaan hanya di tempat yang dibenarkan.
  2. Tempat perniagaan dihadkan.

Syarat Lesen

  1. Membayar lesen.
  2. Tidak boleh tukar tangan.
  3. Pemeriksaan kesihatan jika perlu.
  4. Mematuhi Undang-Undang Kecil Majlis yang berkaitan.

Pembatalan / Menarik Balik Lesen

  1. Tidak membayar lesen / sewa.
  2. Tidak berniaga.
  3. Menyewa kecil.
  4. Tidak mematuhi arahan / peraturan.
  5. Menukar atau menambah jenis jualan.
  6. Pengubahsuaian struktur gerai.

Kesalahan Berniaga Tanpa Lesen

  1. Dikompaun.
  2. Rampasan.
  3. Tindakan Mahkamah