MENU

MAKLUMAN UMUM

PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI JALAN KHIDMAT,  JALAN RUMBIA

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan menukar aliran lalulintas dua hala ke sehala di  Jalan Khidmat, Lebuh Rumbia, Pulau Pinang  bermula dari 8 April 2017 jam 10.00 pagi  (Hari Sabtu) seperti pelan yang disertakan.

2.  Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:

BIL

JALAN YANG TERLIBAT

ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN

   1.

 

 

Jalan Khidmat, Jalan Rumbia

Sehala

Dengan arah aliran dari jalan khidmat bersebelahan Jalan Tun Dr Awang menuju ke Jalan Rumbia

 

3.  Tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi mengurangkan kesesakan dan melicinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di kawasan tersebut.

4.  Sistem jalan sehala ini akan dilaksanakan secara percubaan selama 3 bulan. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Majlis di talian :

04-2592202 (Puan Noor Rafidah bt Ahmed)

04-2592015 (Encik Zainuddin bin Mohamad Shariff)

      

       

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perhubungan Awam

Jabatan Khidmat Pengurusan

MBPP

Bertarikh : 7 April 2017