MENU

Jabatan Khidmat Pengurusan

Bil.

Piagam/Standard

 

1.

Semua pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan yang cepat dan cekap dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) minit.

 

2.

Semua aduan melalui surat, datang sendiri (bersemuka), telefon, laman web dan e-mel diakui terima dan disalurkan kepada jabatan yang berkenaan pada hari yang sama. 

 

3.

Permohonan yang lengkap yang diterima dari Jabatan berhubung pengesahan dalam perkhidmatan kakitangan akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.

 

4.

Temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan akan dilaksanakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh senarai pendek diluluskan.

 

5.

Permohonan untuk permit mengeluarkan barang-barang lusuh dari kawasan    perindustrian   akan   dikeluarkan    dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan.

 

6.

Permohonan untuk pas tahunan zon perindustrian bebas akan  dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh permohonan.

 

7.

Menguruskan permohonan tindakan penguatkuasaan yang dikemukakan oleh Jabatan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh penerimaan permohonan.

 

8.

Memberi khidmat nasihat ICT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permintaan diterima.

 

9.

Memproses dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan/kursus/seminar/ konvensyen di dalam dan luar negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

 

10.

Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Biasa Majlis sekurang-kurangnya diadakan satu (1) kali sebulan serta menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh mesyuarat berkenaan diadakan.

 

11.

Menyediakan baucer bayaran dan menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

 

12.

Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.