KEMUDAHAN LETAK KERETA
Sila tekan butang untuk maklumat lebih lanjut

Sistem Kutipan Yang Digunakan
Denda-Denda Yang Dikenakan Oleh Majlis Untuk Kesalahan-Kesalahan Letak Kereta
Di manakah Anda Boleh Membayar Denda
senarai letak kereta meter Senarai Jalan di Kawasan Letak Kereta (Meter)
Senarai Jalan di Kawasan Letak Kereta (Bertiket)
senarai_motosikal Senarai Kawasan Letak Motosikal
Sistem Kutipan Yang Digunakan

MPPP mengamalkan 2 cara untuk mengutip bayaran letak kereta iaitu:-
  • Sistem Bertiket - Perintah (Sistem Bertiket) Tempat Letak Kereta, MPPP 1992.
  • Sistem Bermeter - Perintah (Sistem Meter) Tempat Letak Kereta, MPPP 1992.

Denda-Denda Yang Dikenakan Oleh Majlis Untuk Kesalahan-Kesalahan Letak Kereta

Bil
Jenis Kesalahan
Amaun Denda (RM)
1.
Meletak kenderaan di atas siar kaki awam (Seksyen 46(1), AktaJalan , Parit Dan Bangunan 1974).
30.00
2.

Meletak kenderaan di luar petak letak kereta :-



i) Perintah (Sistem Bertiket) Tempat Letak Kereta, MPPP 1992
30.00

ii)Perintah (Sistem Meter) Tempat Letak Kereta, MPPP 1992
30.00
3.
Gagal memasukkan wang syiling ke dalam meter letak kereta, (Perintah (Sistem Meter) Tempat Letak Kereta, MPPP 1992):-

  i) Jika dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari (termasuk
hari Ahad dan Kelepasan Am).
15.00
  ii) Jika dibayar selepas tempoh tujuh (7) hari (termasuk hari Ahad dan Kelepasan Am) dan sebelum Notis Tindakan dikeluarkan.
20.00
  iii) Jika dibayar selepas Notis Tindakan dikeluarkan.
30.00
4.
Gagal membayar bayaran letak kereta untuk Notis yang dikeluarkan oleh Atendan Letak Kereta, (Perintah (Sistem Bertiket) Tempat Letak Kereta, MPPP 1992) :-  
  i) Jika dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari (termasuk hari Ahad dan Kelepasan Am) sehingga sebelum Notis Tindakan dikeluarkan.
10.00 + bayaran
letak kereta
  ii) Jika dibayar selepas Notis Tindakan dikeluarkan.
30.00 + bayaran
letak kereta

Di manakah Anda Boleh Membayar Denda

Denda-denda kesalahan hanya boleh dibayar di :
 - Kaunter Pembayaran, Pejabat Kutipan Hasil MPPP, Paras 3, KOMTAR, Jalan Penang. atau
- Pejabat MPPP Balik Pulau, Kompleks Pasar Awam Balik Pulau, Jalan Tun Sardon, Balik Pulau.

Jika ada sebarang masalah letak kereta, sila hubungi :-

Unit Letak Kereta,
Jabatan Perbendaharaan,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Paras 15, Komtar, Jalan Penang,
10675 Pulau Pinang.
Tel : 04-2623151 / 04-2592130