PERKHIDMATAN PENILAIAN HARTA
Sila tekan butang untuk maklumat lebih lanjut

Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu)
Pengenalan
Nilai Tahunan
Kadar Peratus
Kawasan Kadaran
Tarikh Cukai Taksiran Dikenakan
Bantahan Kepada Cadangan Nilai Tahunan
Pulangan Balik Kadar/Remisi
Pengecualian Dari Membayar Kadar Atau Pengurangan Kadar Bagi Pegangan Yang Digunakan Semata-mata
Tanggungjawab Seorang Pembayar Cukai Taksiran
Muat Turun Borang I (Notis Jualan Atau PindahMilik)
Muat Turun Borang J (Notis Jualan Atau PindahMilik)
Muat Turun Borang Notis  Kekosongan

Kadar (Cukai Taksiran atau Cukai Pintu)

1.0 Pengenalan

Kadar juga dikenali sebagai cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh M.P.P.P. ke atas semua pegangan dalam kawasan M.P.P.P. yang berdasarkan kepada 'Nilai Tahunan" dan 'Kadar Peratus' Tahunan. Cukai taksiran perlu dibayar dua kali setahun iaitu dalam bulan Januari dan Julai.
  Contoh Pengiraan Amaun Cukai Taksiran:
Nilai Tahunan Pegangan RM 3,000
Kadar Peratus Tahunan 10%
Cukai Taksiran Harta ialah RM 3,000 x 10% = RM 300 setahun atau RM 150 setiap 6 bulan
2.0 Nilai Tahunan

Nilai Tahunan sesuatu pegangan, seperti ditafsirkan dalam Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan, 1976, adalah anggaran sewa tahunan pegangan itu dapat diberi sewa dengan berpatutan kepada seseorang penyewa dengan anggapan pemilik membayar kos pembaikan, insurans dan perbelanjaan lain yang perlu untuk menyenggarakan pegangan itu.
3.0 Kadar Peratus

Kadar Peratus ditetapkan setiap tahun oleh Majlis mengikut keperluan kewangan. Kadar peratus yang dilulus oleh Majlis akan dikekalkan bagi sepanjang tahun dan rayuan tidak boleh dibuat terhadapnya.

Kadar Peratus Taksiran dalam Tahun 2006 adalah seperti berikut :-
 
  Jenis Harta

Kawasan 1

(George Town)


Kawasan 2

(Luar Bandaraya)

1. Perindustrian
13.50%
13.50%
2. Perdagangan
10.30%
10.30%
3. Kediaman - bertanah
8.30%
8.30%
4. Kediaman - Berstrata
7.50%
7.50%
5. Kediaman - Kos Rendah
7.00%
7.00%
6. Kongsi / Pertubuhan
7.00%
7.00%
7. Tanah Kosong - Kemajuan
4.50%
1.70%
8. Tanah Kosong - Pertanian
0.00%
1.00%
9. Hotel
13.50%
13.50%
10. Industri Kecil Asas Tani
6.80%
6.80%
4.0 Kawasan Kadaran

Bagi tujuan cukai taksiran, Majlis telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada dua kawasan. Kawasan Satu merangkumi kawasan dalam bandaraya George Town dan Kawasan Dua merangkumi luar bandaraya George Town.
5.0 Tarikh Cukai Taksiran Dikenakan

Sesuatu bangunan akan dikenakan cukai taksiran sebulan selepas tarikh Sijil Penghunian dikeluarkan oleh Majlis ataupun dari tarikh penghunian bangunan tersebut mengikut mana yang lebih awal.

Bagi tanah kosong, cukai taksiran akan dikenakan dari tarikh kelulusan kebenaran merancang atau sesuatu tarikh yang munasabah mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
6.0 Bantahan Kepada Cadangan Nilai Tahunan

Seseorang pemilik pegangan yang tidak berpuas hati dengan nilai tahunan yang dicadangkan boleh membuat bantahan secara bertulis dalam satu bulan dari tarikh Notis Taksiran. Bantahan boleh dibuat atas alasan-alasan berikut :-

a. Bahawa sesuatu pegangan yang dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;
b. Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;
c. Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu telah tertinggal daripadanya;
d. Bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu telah tertinggal daripadanya;
e. Bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.
7.0 Pulangan Balik Cukai Taksiran/Remisi

Remisi atau pulangan balik cukai taksiran di sesuatu bangunan yang tidak diduduki dan tiada apa-apa sewa dikenakan maka M.P.P.P. boleh memberi pulangan balik cukai taksiran atau remisi bagi tempoh kekosongan dan tertakluk kepada syarat-syarat.

Syarat-Syarat Untuk Memohon Remisi / Pulangan Balik Cukai Taksiran

a. Bangunan tidak diduduki atau diperbaiki untuk lebih daripada 1 bulan.
b. Notis kekosongan bertulis telah diterima oleh Jabatan Penilaian, M.P.P.P. dalam masa 7 hari berlakunya kekosongan tersebut.
c. Permohonan untuk mendapatkan remisi / pulangan balik cukai taksiran dihantar tidak lewat daripada 1 bulan selepas tamatnya setengah tahun berkenaan iaitu sebelum 31 Januari / 31 Julai.
d. Dapat membuktikan bangunan itu dalam keadaan baik dan layak diduduki atau diperbaiki.
e. Usaha-usaha yang munasabah telah dilakukan untuk mendapatkan penyewa sebagai contohnya melantik ejen hartanah atau iklan dalam suratkhabar atau pamerkan tanda "Untuk Disewa" di bangunan itu.
f. Kadar Sewa yang diminta adalah berpatutan.

Cara Memohon Remisi / Pulangan Balik Cukai Taksiran

a. Menghantar notis bertulis kepada Jabatan Penilaian, M.P.P.P. mengenai kekosongan tersebut dalam tempoh tidak lebih daripada 7 hari dan pastikan
akuan terima notis dihantar kepada tuan/puan.
b. Jika Jabatan berpuas hati terhadap kelayakannya maka borang permohonan remisi/pulangan balik cukai taksiran (RAC 3) akan dihantar kepada pemohon.
c. Pemohon harus menyempurnakan borang tersebut berserta dengan resit rasmi dan hantar balik kepada Jabatan tidak lebih daripada satu bulan dari tarikh 1 Julai/1 Januari.
8.0 Pengecualian Dari Membayar Cukai Taksiran Atau Pengurangan Cukai Taksiran Bagi Pegangan Yang Digunakan Semata-mata :-

a. sebagai tempat awam untuk sembahyang;
b. sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen ;
c. sebagai sekolah awam ;
d. sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastra atau seni halus;
e. bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan; dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang;

Pegangan boleh dikecualikan dari membayar cukai taksiran atau memberi pegurangan cukai taksiran oleh Pihak Berkuasa Negeri.
9.0

Tanggungjawab Seorang Pembayar Cukai Taksiran

a. Memberi Notis kepada M.P.P.P. tentang pemindahan atau penukaran hakmilik hartanah yang boleh dikenakan cukai taksiran.
b. Memberi Notis kepada M.P.P.P. mengenai bangunan baru atau bangunan yang diroboh atau sebarang tambahan dan pindaan kepada rumahnya.
c. Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantarkan oleh M.P.P.P.
d. Membenarkan kakitangan M.P.P.P. membuat pemeriksaan ke atas hartanah untuk tujuan cukai taksiran.
e. Berjumpa dengan Bahagian Kutipan Hasil jika bil cukai taksiran tidak diterima dalam bulan Januari/Julai setiap tahun.
f.. Membayar bil cukai taksiran separuh tahun pertama sebelum 28 Februari dan separuh tahun kedua sebelum 31 Ogos setiap tahun.

DENDA BAYARAN LEWAT YANG AKAN DIKENAKAN ATAS TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN

Perkara
Separuh
Tahun Pertama
Separuh
Tahun Kedua
Bil-bil siap diposkan:
1 JANUARI
1 JULAI
BAYARAN NOTIS dikeluarkan :
1 MAC
1 SEPTEMBER
Cara Notis di kenakan


1% atas cukai semasa
(Kod 1) yang bernilai
RM1.00 - RM100.00
tertakluk kepada caj
minimum RM1.00;

2% atas cukai semasa
(Kod 1) yang bernilai lebih
daripada RM100.00


BAYARAN WARAN dikeluarkan:


Waran Pertama (untuk jumlah tertungak RM200.00 & lebih) Ditetapkan 15 Hari dari tarikh bil-bil Notis siap diposkan
Cara Waran di kenakan


10% atas jumlah [ Cukai
semasa (Kod 1) + Notis ]
yang bernilai RM1.00 -
RM100.00

20% atas jumlah [ Cukai
semasa (Kod 1) + Notis ]
yang bernilai lebih
daripada RM100.00


*Nota: Sen tidak diambil kira