PERKHIDMATAN KEBENARAN MERANCANG
Sila tekan butang untuk maklumat lebih lanjut:

Apa itu Kebenaran Merancang
Mengapa Kebenaran Merancang Diperlukan
Bila Kebenaran Merancang Diperlukan
Bagaimana Untuk Mendapatkan Kebenaran Merancang
Mengapa Ejen Diperlukan
Berapa Lamakah Tempoh Sah Kebenaran Merancang
Apa Yang Harus Dibuat Selepas Memperolehi Kebenaran Merancang
Apakah Denda Yang Dikenakan Bagi Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang
Proses Untuk Kelulusan Kebenaran Merancang
Format Pelan Muatturun Format Pelan
Borang JPB/KP/6 Muatturun Borang JPB/KP/6
Borang JPB/KP/1/93 Muatturun BORANG JPB/KP/1/93
Borang A-PKM Muatturun BORANG A-PKM
Senarai Semakan Permohonan Kebenaran Merancang Muatturun Senarai Semakan Permohonan Kebenaran Merancang
Senarai 'Loose Copy' Muatturun Senarai 'Loose Copy'
Senarai Semakan Permohonan Penebangan Pokok Muatturun Senarai Semakan Permohonan Penebangan Pokok
BORANG A (Sijil Siap Kerja Unit Landskap) Muatturun BORANG A (Sijil Siap Kerja Unit Landskap)
Garis Panduan Permohonan Sijil Siap Kerja Pelan Landskap Muatturun Garis Panduan Permohonan Sijil Siap Kerja Pelan Landskap
Prosedur dan Syarat-Syarat Mengemukakan Pelan Landskap dan Penanaman Pokok Muatturun Prosedur dan Syarat-Syarat Mengemukakan Pelan Landskap dan Penanaman Pokok
Borang Semakan Pelan Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Jabatan Kejuruteraan Muatturun Borang Semakan Pelan Permohonan Kebenaran Merancang Untuk Jabatan Kejuruteraan
Senarai Semakan Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Untuk Jabatan Kejuruteraan Muatturun Senarai Semakan Permohonan Pelan Kebenaran Merancang Untuk Jabatan Kejuruteraan
Apa itu Kebenaran Merancang
Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), apabila seseorang itu ingin menjalankan apa-apa pemajuan, ia perlu memperolehi kebenaran merancang dari pihak Berkuasa Perancangan Tempatan, di dalam kes kawasan pulau iaitu dari MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG. Kebenaran merancang memberi seseorang itu kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan yang bertindak sebagai pihak berkuasa kawalan pemajuan, untuk menjalankan sesuatu pemajuan mengikut pelan dan syarat-syarat kebenaran yang akan menentukan, di antara lain, cadangan penjajaran, lebar dan aras jalan-jalan dan lorong-lorong belakang, cadangan ketinggian, reka bentuk, size, kegunaan bangunan, anjakan bangunan, ketumpatan / nisbah plot unit kediaman dan perdagangan atau lain-lain bangunan. Lain-lain cadangan kegunaan tanah, dan peruntukan-peruntukan utiliti kawasan lapang rekreasi, pusat komuniti, sekolah dan lain-lain kemudahan yang mana perlu, dan lain-lain syarat untuk pembangunan yang teratur.

Mengapa Kebenaran Merancang Diperlukan
Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172), Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan adalah diberikuasa untuk bertanggungjawab dalam mengatur, mengawal dan merancang pemajuan serta penggunaan semua tanah dan bangunan yang terletak di dalam kawasan bidang kuasanya. Ini adalah untuk memastikan supaya semua pemajuan dan penggunaan tanah oleh seseorang individu dan pemaju-pemaju akan dijalankan dalam keadaan yang teratur dan tidak menyebabkan masalah pencemaran dan kacauganggu, kesesakan lalulintas dan tambahan beban infrastruktur, kehilangan nilai/ ameniti, banjir dan lain-lain kesan yang tidak diingini kepada kejiranan dan persekitaran, dan juga memastikan pemajuan baru adalah pada sesuatu tahap yang baik untuk didiami.

Sebelum pemberian kebenaran merancang kepada sesuatu cadangan pemajuan, Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan harus mengambilkira semua perkara yang perlu untuk perancangan yang berkesan. Ini adalah untuk memastikan cadangan pemajuan tidak menyebabkan masalah persekitaran yang tidak diingini, termasuk kesan sosial dan ekonomi, seterusnya mematuhi piawaian dan garispanduan perancangan. Khususnya Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan perlu mengambilkira peruntukan-peruntukan Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan-Rancangan Tempatan yang telah disediakan, sedang disediakan atau akan disediakan (Seksyen 22), Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan perlu juga menyemak agar cadangan pemajuan mempunyai akses yang baik dan mematuhi semua syarat dan batasan hakmilik tanah, begitu juga dengan lain-lain kehendak perundangan.

Bila Kebenaran Merancang Diperlukan
Anda perlu memohon dan diberi kebenaran merancang dari Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan sebelum anda boleh menjalankan apa-apa "pemajuan". Definasi "pemajuan" mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa adalah luas dan meliputi:-

1.
Perobohan bangunan
2.
Pembinaan bangunan
3.
Pindaan besar terhadap bangunan
4.
Perubahan matan dalam penggunaan tanah atau bangunan
5.
Kerja-kerja kejuruteraan, termasuk pembentukan tanah dan
pembinaan jalan
6.
Kerja-kerja perlombongan
7.
Kerja-kerja perindustrian
8.
Memecah sempadan dan pencantuman tanah
Dalam kes-kes tertentu, mungkin tidak begitu jelas dan anda adalah dinasihat
menghubungi Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Perbandaran
Pulau Pinang sebelum menjalankan apa-apa pemajuan/perubahan matan.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Kebenaran Merancang
Anda perlu kemukakan permohonan kebenaran merancang mengikut cara yang ditentukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan (Am), 1995, yang mana perlu disertakan bersama-sama dengan:-

1.
2 salinan Borang A
2.
Yuran Permohonan
3.
Pelan Tapak (8 salinan untuk kawasan Bandar, 12 salinan untuk kawasan luar bandar atau 15 salinan untuk kawasan luar bandar yang berhadapan dengan Jalan Persekutuan)
4.
Dokumen hakmilik tanah yang sah (IR/QT/FT)
5.
Resit Hasil Tanah
6.
Satu set borang JPB/KP (6 borang)
7.
Dokumen hakmilik tanah/alamat pemilik-pemilik tanah yang bersempadan
8.
10 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
9.
2 salinan pelan akuan ukur (Certified print)
10.
Borang Komputer 'Plan Tracking System'
Permohonan hendaklah dikemukakan ke Urusetia Pusat Setempat (OSC), Tingkat 4, KOMTAR, yang akan membantu anda sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan. Anda akan diberitahu tentang pindaan/pembetulan (jika ada) yang perlu dibuat terhadap dokumen dan pelan sebelum permohonan anda dibentangkan untuk pertimbangan. Jika permohonan tidak dikembalikan dengan segala pembetulan yang diperlukan dalam tempoh 1 bulan, ia adalah dianggap sebagai ditarikbalik. Sebelum permohonan dibentangkan kepada jawatankuasa untuk dipertimbangkan permohonan tersebut akan dirujuk kepada tuanpunya-tuanpunya lot bersempadan untuk memaklumkan cadangan pemajuan dan memberi peluang membuat bantahan keatas pembangunan tersebut, sekiranya ada bantahan ianya akan didengari oleh Jawatankuasa Pendengaran Bantahan untuk membuat keputusan. Setelah permohonan anda diluluskan maka anda akan diberi Kebenaran Merancang melalui Borang C1
Mengapa Ejen Diperlukan
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat daripada seseorang ejen yang biasanya merupakan seorang jururancang bandar atau akitek untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang. Ejen anda harus mampu menasihat anda bukan sahaja dari segi proses permohonan kebenaran merancang, tetapi yang lebih penting adalah dari segi pemilihan pelbagai alternatif pemajuan tanah dan membolehkan anda membuat keputusan ke atas alternatif yang paling baik serta membantu anda dalam memastikan semua kelulusan yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang yang lain seperti Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Balik Tanah, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan Akta Alam Sekeliling serta pelbagai undang-undang kecil yang lain boleh diperolehi tanpa apa-apa halangan sebelum anda memulakan pemajuan.

Berapa Lamakah Tempoh Sah Kebenaran Merancang
Suatu kebenaran merancang, jika tidak dilanjutkan, akan luput dalam tempoh 12 bulan, sekiranya dalam masa tersebut, pemajuan masih belum dimulakan (Seksyen 2A(1)). Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan perlanjutan atau perlanjutan tambahan kepada kebenaran merancang dengan mengemukakan permohonan perlanjutan melalui Borang B sebelum luputnya kebenaran merancang.

Apa Yang Harus Dibuat Selepas Memperolehi Kebenaran Merancang

1.
Anda tidak boleh memulakan pemajuan dengan serta-merta selepas mendapatkan kebenaran merancang, kerana anda masih memerlukan kelulusan-kelulusan yang lain seperti:- Pelan jalan dan parit untuk pembinaan jalan dan parit
2.
Pelan bangunan dan permit untuk memulakan kerja pembinaan dan bangunan dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan
3.
Pelan Pecah Sempadan
4.
Pelan kerja tanah
5.
Pelan Pembetungan
6.
Pelan Lanskap
7.
Lesen untuk perindustrian, perdagangan, pertubuhan makanan dan lain-lain untuk memulakan aktiviti

Anda harus menghubungi ejen anda untuk perkara-perkara tersebut.


Apakah Denda Yang Dikenakan Bagi Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang
Kamu boleh didenda sehingga RM100,000.00 sekiranya disabitkan kesalahan oleh mahkamah, dan sekiranya kesalahan itu diteruskan, denda tambahan sehingga RM1,000.00 setiap hari berikutnya akan dikenakan. Kamu juga mungkin diminta untuk memulihkan tanah sejauh yang boleh untuk kembali kepada asal sebelum pemajuan.

Bagi mendapat maklumat dan penerangan yang lebih jelas anda boleh menghubungi:-

Jabatan Perancangan Pembangunan,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Razak,
10675 Pulau Pinang
Tel: 04 - 2592020