Sila tekan butang untuk maklumat lebih lanjut

PEMBATALAN AMALAN MEMBERI Pengurangan/Potongan Amaun Denda/Kompaun Majlis Perbandaran Pulau Pinang
SAMBUTAN HARI PENJAJA PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG 2008
PENANG INTERNATIONAL LINE DANCE CARNIVAL / SPORT, HEALTH & BEAUTY EXPO 2008
PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG DELIMA 5 DAN SEBAHAGIAN LORONG DELIMA 3 DAN LORONG DELIMA 7, PULAU PINANG
LENCONGAN LALULINTAS UNTUK MEMBOLEHKAN PERLAKSANAAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PEPARITAN DI JALAN TRANSFER
makluman umum

CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA ALIRAN LALULINTAS DI SEBAHAGIAN JALAN-JALAN PERBANDARAN DI KAWASAN SUNGAI PINANG

makluman umum CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA ALIRAN LALULINTAS DI LORONG DELIMA 5 DAN SEBAHAGIAN LORONG DELIMA 3 DAN LORONG DELIMA 7, PULAU PINANG
makluman umum CADANGAN JALAN SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN SERVIS DAN JALAN CHOW THYE, PULAU PINANG
PROGRAM PENGASAPAN BAGI BULAN NOVEMBER 2008 BAGI KAWASAN BANDARAYA, PULAU PINANG
PULANGAN BALIK / REMISI CUKAI TAKSIRAN BAGI TEMPOH 01/07/2008 SEHINGGA 31/12/2008
MAKLUMAT AM CUKAI TAKSIRAN
JENDELA PELANGGAN


PEMBATALAN AMALAN MEMBERI Pengurangan/Potongan Amaun Denda/Kompaun Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan di mesyuaratnya pada 21 Oktober 2008 telah membuat keputusan supaya amalan sediada untuk memberi potongan/pengurangan kepada amaun denda/kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (MPPP dan MPSP), diberhentikan berkuatkuasa dari 1 November 2008.

Susulan dari keputusan itu, YB Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan telah bersetuju untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menikmati potongan/pengurangan amaun denda/kompaun (kecuali kesalahan pembersihan) secara pentadbiran sehingga 21 November 2008.  Ini bermakna bagi tempoh 1 November 2008 hingga 21 November 2008, semua denda/kompaun akan diberi potongan/pengurangan mengikut kadar-kadar yang dibenarkan di kaunter bayaran sahaja.

Mulai dari 22 November 2008, semua amaun denda/kompaun perlu dibayar dengan sepenuhnya mengikut amaun yang ditetapkan mengikut jenis kesalahan.
 

Setiausaha Perbandaran
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

                                                                                                                                                                                                                                                    

SAMBUTAN HARI PENJAJA PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG 2008

 

Tarikh            :           15 November 2008
Tempat          :           Dewan Serbaguna, Tingkat 1,
                                    Kompleks Pasar Tanjung Bunga,
                                    Pulau Pinang

ATURCARA MAJLIS

7.00 malam    -           Ketibaan para jemputan
7.30 malam    -           Ketibaan Yg. Bhg. Dato’ Zainal Rahim bin Seman,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang
7.40 malam    -           Ketibaan Y.B. Tuan Chow Kon Yeow,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
7.50 malam    -           Ketibaan Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
8.00 malam    -           Ucapan Aluan oleh En. Lam Tong Ying,Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Perniagaan Kecil Pulau Pinang & Seberang Perai
8.10 malam    -           Ucapan Aluan oleh
                         
-                Persembahan
                          -               
Cabutan Hadiah Bertuah
10.30 malam  -           Bersurai

                                                                                                                                                                                                                                                            

PENANG INTERNATIONAL LINE DANCE CARNIVAL / SPORT, HEALTH & BEAUTY EXPO 2008


Tarikh    :  23 November 2008 (Ahad)
Tempat  :  Arena Sukan Antarabagsa Pulau Pinang (PISA)

 

7.30 pagi                               -               Pendaftaran
7.45 pagi                               -               Ketibaan Y.B. Puan Lydia Ong Kok Fooi - Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang
8.00 pagi – 10.00pagi        -               ‘Aerobathon For Charity’ & Cabutan Bertuah
11.30 – 12.30 t/hari             -               Sesi Pengenalan Line Dance dari China
12.30 tengahari                   -               Ketibaan Tetamu-tetamu Jemputan
                                               
-                      Ketibaan Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang & Isteri
                                                -                     
Ucapan Alu-Aluan Oleh Puan Jean Yeoh - Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
                                                -                     
Ucapan Perasmian Oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
                                                -                     
Majlis Pelancaran ’Penang International Line Dance Carnival’ Oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
                                                -                     
Penyampaian Anugerah Penghargaan Kepada Pn. Jean Yeoh Daripada Beijing Olympic Sportive Line Dance Committee’
                                                -                     
Penyampaian Sumbangan Kepada Badan-Badan Amal & Kebajikan
                                                -                     
Penyampaian Cenderamata Kepada Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
                                                -                     
Persembahan ’Line Dance’ oleh Peserta-Peserta dari Malaysia, China dan Negara Lain
                                                -                     
Cabutan Bertuah 1
                                                -                     
Persembahan Senamseni
                                                -                     
Persembahan Taichi Beramai-Ramai
                                                -                     
Persembahan ‘Belly Dance’
                                                -                     
Persembahan ‘Modern Jazz’
                                                -                     
Senaman Yoga Beramai-Ramai
                                                -                     
Persembahan ‘Step Aerobics’ oleh Angie Line Dance Mentakab
                                                -                     
Pertunjukan Taekwondo Beramai-Ramai
                                                -                     
Persembahan ‘Hip-Hop’ oleh Pasukan Johan Pulau Pinang 2008
                                                -                     
Persembahan Batuka
                                                -                     
Persembahan Senaman Kesihatan Sendi Beramai-Ramai
                                                -               Tarian Beramai-Ramai
                                                                 i.              Tarian Sumazau Kadazan
                                                                 ii.             Joget Rasa Sayang

6.45 ptg                                 -               Cabutan Bertuah 2
7.00 ptg                                 -               Bersurai

                                                                                                                                                                                                                                                               

PENUKARAN ARAH ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI LORONG DELIMA 5 DAN SEBAHAGIAN LORONG DELIMA 3 DAN LORONG DELIMA 7, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa mulai Hari Khamis, 9 Oktober 2008, jam 10.00 pagi arah aliran di Lorong Delima 5 dan sebahagian Lorong Delima 3 dan Lorong Delima 7 akan ditukar ke jalan sehala.

Tujuan penukaran arah aliran ini adalah bagi melicinkan aliran lalulintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan ini. Arah aliran lalulintas sehala adalah dalam satu lingkaran mengikut pusingan jam dari Lorong Delima 6 ke Lorong Delima 3 dan seterusnya malalui Lorong Delima 5 ke Lorong Delima 7 dan kembali ke Lorong Delima 6. Sesalinan pelan yang menunjukkan arah aliran sehala adalah disertakan.

Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan diminta untuk membuat kenyataan di dalam akhbar tuan/puan bagi memaklumkan kepada orang ramai.

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

 Bertarikh :  26 September 2008
                                                                                                                                                                                                                                                                     

LENCONGAN LALULINTAS UNTUK MEMBOLEHKAN PERLAKSANAAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM PEPARITAN DI JALAN TRANSFER

Adalah dimaklumkan bahawa separuh kelebaran Jalan Transfer di antara Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Sri Bahari akan ditutup mulai 02 September 2008 untuk perlaksanaan kerja-kerja menaiktaraf sistem peparitan di sepanjang Jalan Transfer oleh kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerja-kerja tersebut merupakan sebahagian daripada projek menaiktaraf sistem peparitan di sepanjang Jalan Transfer di antara Jalan Hutton hingga Jalan Sultan Ahmad Shah untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan ini.

Kerja-kerja menaiktaraf sistem peparitan di sebahagian Jalan Transfer antara Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Sri Bahari dijangka mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Sepanjang tempoh ini hanya satu arah pergerakan lalulintas akan dibenarkan di bahagian Jalan Transfer tersebut iaitu dari Jalan Sultan Ahmad Shah ke Jalan Sri Bahari. Pergerakan lalulintas pada arah bertentangan iaitu dari Jalan Sri Bahari ke Jalan Sultan Ahmad Shah akan dihalang. Pemandu kenderan terbabit boleh membelok kanan ke Jalan Sri Bahari dan seterusnya membelok kiri ke Jalan Penang serta Jalan Sultan Ahmad Shah untuk menggunakan bahagian Jalan Transfer yang terlibat.

Majlis ingin menasihat pemandu-pemandu untuk merancang perjalanan mereka  dan mengambil laluan-laluan alternatif sekiranya boleh, sepanjang tempoh perlaksanaan projek tersebut.

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan diminta untuk membuat kenyataan di dalam akhbar tuan/puan bagi memaklumkan kepada orang ramai.

 Dikeluarkan oleh :

Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Bertarikh : 02 September 2008
                                                                                                                                                                                                                                                                      

CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA ALIRAN LALULINTAS DI SEBAHAGIAN JALAN-JALAN PERBANDARAN DI KAWASAN SUNGAI PINANG


Dengan hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Majlis sedang mempertimbangkan cadangan penyusunan semula aliran lalulintas di sebahagian jalan-jalan perbandaran di kawasan Sungai Pinang
seperti pelan yang disertakan (lihat pelan).

Jalan-jalan dan arah aliran lalulintas yang terlibat adalah diberikan di jadual berikut :       

BIL BAHAGIAN JALAN ALIRAN LALULINTAS YANG DISUSUN SEMULA
1. Jln. Sg.Pinang di antara Jln. Jelutong dan Jln. Patani Sehala ke dua hala
2. Jln Patani di antara Jln. Sg.Pinang dan Jln. Veterinari Sehala ke dua hala
3. Kesuruhan Jln. Veterinari Sehala ke dua hala
4. Jln. Sungai di antara Jln. Gurdwara dan Jln. Sg. Pinang Sehala ke dua hala
5. Jln. Gurdwara di antara Jln. C.Y.Choy dan Jln. Sungai   Dua hala (sistem pandu kanan) ke sehala dari Jln. C.Y.Choy ke Jln. Sungai
6. Jln. Jelutong di antara persimpangan Jln. Gurdwara/ Jln. C.Y.Choy dan Jln. Sg.Pinang Sehala ke dua hala

Penyusunan semula aliran lalulintas ini dicadangkan di atas sebab-sebab berikut:-

i.       Jalan-jalan agihan yang digunakan untuk melengkapkan litar jalan sehala tidak lagi perlu menanggung isipadu aliran lalulintas yang tinggi apabila sistem jalan dua hala diperkenalkan semula. Sebahagian besar isipadu lalulintas akan menggunakan jalan-jalan utama seperti Jalan Jelutong dan Jalan Sungai Pinang. Jalan Patani akan memainkan peranan sebagai jalan perantaraan di antara Jalan Dato Keramat dan Jalan Sungai Pinang. Jalan Veterinari dan Jalan Sungai akan digunakan oleh penduduk dan peniaga di sini.

ii.      Keselamatan dapat dipertingkatkan. Penduduk setempat telah membantah pelaksanaan sistem jalan sehala sebelum ini kerana peningkatan isipadu aliran lalulintas di jalan-jalan berhadapan kawasan tempat tinggal mereka.

 iii.     Jarak perjalanan dipendekkan. Dalam sistem jalan dua hala, pengguna jalanraya dan penduduk dapat menggunakan jalan-jalan alternatif ke tempat tujuan mereka.

Majlis mengharapkan bahawa tuan/ puan dapat mengemukakan pandangan dan ulasan mereka terhadap cadangan jalan sehala ini sebelum 23 Ogos 2008 supaya Majlis dapat mempertimbangkannya sebelum keputusan dibuat.

Sekiranya tuan/ puan ingin mengemukakan pandangan atau ulasan, tuan/ puan boleh menulis kepada Majlis di alamat berikut:-

 Pengarah Kejuruteraan
                Jabatan Kejuruteraan
                Majlis Perbandaran Pulau Pinang
                Tingkat 13, Komtar
                10675 Pulau Pinang
                (Fax No: 2611990)

 
atau menghubungi Majlis di talian No: 04-2592202 (Rafidah atau Rashidah) atau e-mail kepada
rajendra@mppp.gov.my  Majlis menghargai segala input daripada tuan/ puan.
 

Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

 Tarikh : 22 Julai 2008                                                                                                                                                                                                                           

CADANGAN PENYUSUNAN SEMULA ALIRAN LALULINTAS DI LORONG DELIMA 5 DAN SEBAHAGIAN LORONG DELIMA 3 DAN LORONG DELIMA 7, PULAU PINANG


Adalah dimaklumkan bahawa Majlis sedang mempertimbangkan cadangan jalan sehala di Lorong Delima 5 dan Sebahagian Lorong Delima 3 dan Lorong Delima 7, Pulau Pinang seperti pelan yang disertakan
(lihat pelan).

Arah aliran lalulintas sehala yang telah dicadangkan adalah seperti jadual berikut:-        

BIL. BAHAGIAN JALAN YANG TERLIBAT ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN
1. Lorong Delima 3
(antara Lorong Delima 6 dan 5)
Dari Lorong Delima 6 ke Lorong Delima 5
2. Lorong Delima 5
(antara Lorong Delima 3 dan 7)
Dari Lorong Delima 3 ke Lorong Delima 7
3. Lorong Delima 7
(antara Lorong Delima 5 dan 6)
Dari Lorong Delima 5 ke Lorong Delima 6

Tujuan jalan sehala ini dicadangkan adalah di atas sebab-sebab berikut:-

            i.          Mengurangkan konflik lalulintas di bahagian persimpangan-persimpangan yang terlibat;
            ii.         Melicinkan aliran lalulintas;
            iii.        Membolehkan ruang tambahan disediakan untuk perletakan kenderaan.

Majlis mengharapkan bahawa tuan/ puan dapat mengemukakan pandangan dan ulasan mereka terhadap cadangan jalan sehala ini sebelum 23 Ogos 2008 supaya Majlis dapat mempertimbangkannya sebelum keputusan dibuat.

Sekiranya tuan/ puan ingin mengemukakan pandangan atau ulasan, tuan/ puan boleh menulis kepada Majlis di alamat berikut:-

Pengarah Kejuruteraan
                Jabatan Kejuruteraan
                Majlis Perbandaran Pulau Pinang

                Tingkat 13, Komtar
                10675 Pulau Pinang  
                (Fax No: 2611990)
 

atau menghubungi Majlis di talian No: 04-2592202 (Rafidah atau Rashidah) atau e-mail kepada rajendra@mppp.gov.my  Majlis menghargai segala input daripada tuan/ puan.

 

Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Tarikh : 22 Julai 2008                                                                                                                                                                                                                    

CADANGAN JALAN SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN SERVIS DAN JALAN CHOW THYE, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis sedang mempertimbangkan cadangan jalan sehala di sebahagian Jalan Servis dan Jalan Chow Thye seperti pelan yang disertakan (lihat pelan).

Arah aliran lalulintas sehala yang telah dicadangkan adalah seperti berikut:-

                        i.  Jalan Servis – dari Jalan Burma ke Jalan Irawadi
                        ii.  Jalan Chow Thye – dari Jalan Irawadi ke Jalan Burma

Tujuan jalan sehala ini dicadangkan adalah di atas sebab-sebab berikut:-

        i. Mengurangkan konflik lalulintas di bahagian persimpangan-persimpangan yang terlibat;
ii. Melicinkan aliran lalulintas;
iii. Membolehkan ruang tambahan disediakan untuk perletakan kenderaan.

Majlis mengharapkan bahawa tuan/ puan dapat mengemukakan pandangan dan ulasan mereka terhadap cadangan jalan sehala ini sebelum 15 Julai 2008 supaya Majlis dapat mempertimbangkannya sebelum keputusan dibuat.

Sekiranya tuan/ puan ingin mengemukakan pandangan atau ulasan, tuan/ puan boleh menulis kepada Majlis di alamat berikut:-

        Pengarah Kejuruteraan
                    Jabatan Kejuruteraan
                    Majlis Perbandaran Pulau Pinang
                    Tingkat 13, Komtar
                    10675 Pulau Pinang
                    (Fax No: 2611990)

atau menghubungi Majlis di talian No: 04-2592202 (Rafidah atau Rashidah) atau e-mail kepada rajendra@mppp.gov.my

 

Majlis menghargai segala input daripada tuan/ puan.

Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Tarikh : 12 Jun 2008                                                                                                                                                                                      
                                        
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
   


PROGRAM PENGASAPAN BAGI BULAN NOVEMBER 2008 BAGI KAWASAN BANDARAYA, PULAU PINANG.

TARIKH

KAWASAN LIPUTAN PENGASAPAN

1 Nov. 2008 HARI SABTU
2 Nov. 2008
HARI AHAD
3 Nov. 2008
Lorong Kinta, Jalan Talipon, Lebuh Ong Chong Keng,Solat Sungai Pinang, Jalan Lim Lean Teng, medan terengganu, jalan Dungun
4 Nov. 2008
Lorong Selamat,Jalan Rangoon,Lebuhraya Sungai Pinang,Solok Terengganu,Jalan Kampar,Jalan Gunaretnam,Jalan Kemaman,Jalan Sungkai.
5 Nov. 2008
Lorong Abu Siti,Jalan Anson,Jalan Haji Hashim Imam,Jalan Sungai Pinang,Lengkok P.Ramlee,Jalan Tan Iu Ghee,Jalan P.Ramlee
6 Nov. 2008
Jalan Dinding,Lorong Popus,Jalan Transfer,Jalan Hutton,Lintang Kampung Rawa, Lorong Singgora,Taman Free School Blok KA KF KJ
7 Nov. 2008
Jalan Chow Thye, jalan Service,Jlana Irrawadi,Jalan Sungai Pinang,Persiaran Perak Taman Free School Blok KG hingga KQ
8 Nov. 2008
HARI SABTU
9 Nov. 2008
HARI AHAD
10 Nov. 2008
Jalan Arraton,Jalan Clove Hall,Jalan LarutJalan Pahang,Jalan Merican,Lorong Brunei,Free School Blok MPPP
11 Nov. 2008
Jalan Tavoy,Jalan Phuah hin Leong,Jalan Nirvana, Jalan dewa Pada,Jalan Dharma,Jalan Free School,Halaman Free School
12 Nov.  2008
Jalan Nagore,Jalan Bawasah,Lorong Swatow,Kuarters Hospital Jalan Lim Khoon Huat,Jalan Free School,Solok Slim,Solok Free School
13 Nov.  2008
Solok Burma, Lorong Bangkok,Kuarters Penjara,Jalan Goal,Kampung Masjid,Lorong Seremban,Jalan Kampung Dodol
14 Nov.  2008
Lorong Tampin,Jalan Makloom, Pintasan Makloom,Jalan Dunn, Jalan Perak,Jalan Macalister,Jalan Barrack, Lebuhraya Babington,Jalan Vermont
15 Nov.  2008
HARI SABTU
16 Nov.  2008
HARI AHAD
17 Nov.  2008
Jalan Logan,Jalan Macalister,Jalan Air Itam,Jalan Gopeng,Jalan Makloom,Jalan Che Rose,Lintang Sungai Pinang
18 Nov.  2008
Jalan Khaw Sim Bee,Jalan Westland,Jalan Langkawi, Jalan Gemas,Jalan Rawang,Jalan Trusan,Jalan Osman Kadir Lit,Jalan Haji Hashim Imam,jalan Ong Joo Sun
19 Nov.  2008
Jalan Mandalay,Jalan Loh Boon Siew,Jalan Imigresen,Jalan Batu Gantung,Jalan Lumba Kuda,Lebuh Bakau,Tingkat Bakau, Tokong Kayu
20 Nov.  2008
Medan Lim Cheng Teik, Kampung Herriot,Jalan Padang Tembak, Jalan Air Itam,Tokong Batu,Jalan Jeti Jelutong
21 Nov.  2008
Jalan Bell,Codrington Avenue,Jalan Shaik Madar,Jalan Kota Giam,Jalan Tengku,Jalan Mad Taib
22 Nov.  2008
HARI SABTU
23 Nov.  2008
HARI AHAD
24 Nov.  2008
Persiaran Cantoment,Persiaran Pengkalan Weld,West Jelutong(belakang Maybank)
25 Nov.  2008 Jalan Edgecumbe,Jalan Kelawei,Lebuh Pantai,Lebuh Victoria, West Jelutong (tepi Balai Bomba)
26 Nov.  2008 Kampung Syed,Jalawei Road,Kampung Masjid Kelawei,Lebuh Armenian,Lebuh Acheen, West Jelutong (depan Shell Jelutong)
27 Nov.  2008 Jalan Jones,Lorong Carnavon,Lebuh Melayu,Lorong Prangin,Kampung Belakang Market Jalan Perak
28 Nov.  2008 Jalan Perak,Jalan Pangkor,Jalan Irving, Lorong Seratus Tahun,Lebuh Naning Kampung Belakang Market Jalan Perak
29 Nov.  2008 HARI SABTU
30 Nov.  2008 HARI AHAD

 


PULANGAN BALIK / REMISI CUKAI TAKSIRAN BAGI TEMPOH 01/07/2008 SEHINGGA 31/12/2008

Notis adalah dengan ini diberikan menurut peruntukan Seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada pemilik-pemilik bangunan yang telah memberikan notis bertulis kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang bahawa bangunan yang mana baginya cukai taksiran telahpun dibayar dan telah kosong selama tempoh tidak kurang satu bulan kalendar dalam setengah tahun kedua 2008 dan yang mana baginya satu bayaran balik dituntut.

Borang tuntutan tersebut telah diedarkan dan hendaklah dilengkapkan dengan menyatakan tarikh-tarikh bila bangunan itu tidak diduduki dan juga alamat surat-menyurat mengenainya boleh dihantar dan mestilah disertakan dengan resit rasmi bagi pembayaran cukai taksiran untuk setengah tahun kedua tuntutan tersebut dibuat. Borang berkenaan mestilah dikemukakan dan diterima oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Paras 12, KOMTAR, Jalan Penang, 10675 Pulau Pinang sebelum 31 Julai 2008.


Dato' Zainal Rahim Bin Seman
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Bertarikh: 28hb. Jun 2008
Ruj: MPPP/JN/BBC/2008-1

 

MAKLUMAT AM CUKAI TAKSIRAN

Bil-bil kadar di pos dua kali setahun pada penghujung Disember / Jun yang harus dibayar dengan sempurna selewat-lewatnya Februari / Ogos masing-masing.

Kewajipan Semua Pemunya Harta (bangunan & tanah)
  1. Jika bil asal tidak diterima: Pemegang harta dinasihatkan mendapatkan salinan bil dari kaunter Pejabat Kutipan Hasil M.P.P.P. untuk bayaran (sebelum tempoh tamat bayaran) dengan mengemukakan resit lama.
  2. Jika tidak tinggal di alamat harta: Pemegang harta diminta melapor kepada Pengarah Nilaian M.P.P.P. secara bertulis dengan serta-merta untuk menukar alamat pos.
  3. Jika telah jual/beli harta: Mengisi Borang I dan serahkan kepada Pengarah Nilaian M.P.P.P. dalam tempoh (3) bulan.
Tindakan Dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Atas Tunggakan Kadar Yang Tidak Dibayar
  1. Menurut Seksyen 147(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976, akaun-akaun kadar yang belum dijelaskan pada tarikh akhir Februari / Ogos akan dikenakan denda Notis secara automatik seperti berikut:-

Jumlah kadar yang belum dijelaskan
RM100.00 kebawah
Lebih dari RM100.00

Bayaran denda Notis yang dikenakan
RM1.00
2% (dengan angka-angka sen
dijadikan Genap)

  1. Tuanpunya adalah diingatkan bahawa kegagalan membayar tunggakan, termasuk denda Notis yang dikenakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh Notis diposkan akan mengakibatkan Waran Tahanan dikenakan. Bayaran Waran Tahanan dikenakan mengikut Seksyen 148(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:-

Jumlah kadar yang belum dijelaskan
RM100.00 kebawah
Lebih dari RM100.00

Bayaran denda Waran yang dikenakan
10%
20% (dengan angka-angka sen
dijadikan Genap)

  1. Disusuli oleh:-
    1. Tindakan Undang-Undang (Borang H) - akan dikenakan kos tambahan, kos peguam & faedah.
    2. Tindakan Inventori (Borang G) - barang-barang alih akan disita untuk dilelong oleh Pelelong Swasta M.P.P.P., pemegang harta akan dikenakan kos tambahan, kos pelelong, pengiklanan, dan sebagainya. Tindakan melelong akan diambil tidak lama lagi ke atas harta-harta alih yang telah disita.
    3. Tindakan Garnishment Sewa - penyewa-penyewa boleh bayar sewa kepada M.P.P.P. untuk menjelaskan tunggakan kadar yang dihutang oleh pemegang harta untuk mengelak daripada M.P.P.P. mengambil tindakan ke atas harta-harta alih kepunyaan penyewa.
NB: Penyewa-penyewa dinasihatkan semak dengan M.P.P.P. sama ada terdapat tunggakan kadar sebelum menyewa sesuatu premis. Ini dapat mengelakkan daripada tindakan diambil terhadap harta mudah alih kepunyaan penyewa.
Pusat-Pusat Bayaran Bil-Bil Kadar (hanya di Pejabat di Pulau Pinang sahaja)
 
M.P.P.P. di KOMTAR & Balik Pulau
Pihak Berkuasa Air
Tenaga Nasional Bhd
Pedeco Bayan Baru
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Telekom
Semua Pejabat Pos
Maybank Telebanking
Bank Pertanian
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

Tarikh: 1 Januari 2006

  

JENDELA PELANGGAN

JADUAL JENDELA PELANGGAN BAGI TAHUN 2008

TARIKH
TEMPAT / MASA
18 JAN 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
15 FEB 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
21 MAC 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
18 APR 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
16 MEI 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
20 JUN 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
18 JUL 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
15 OGOS 2008
South Entrance, Queensbay Mall, Sg. Nibong, Pulau Pinang
Jam: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
19 SEP 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
17 OKT 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
21 NOV 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang
19 DIS 2008
Bilik Bengkel Minda, Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Paras 4, KOMTAR, Pulau Pinang
Jam: 3.00 petang hingga 5.00 petang