Larangan Pembelokan Ke Kanan Di Persimpangan-persimpangan Berlampu Isyarat di Lebuhraya Bayan Lepas
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mulai 24 September 2010, kenderaan-kenderaan yang menggunakan persimpangan-persimpangan berlampu isyarat di Lebuhraya Beyan Lepas seperti jadual di bawah akan dilarang membuat pembelokan ke kanan dari jam 5.30 petang hingga 7.00 petang pada hari-hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Salinan pelan tapak adalah disertakan.
| PERSIMPANGAN – PERSIMPANGAN DI LEBUHRAYA BAYAN LEPAS DI MANA PEMBELOKAN KE KANAN DILARANG |
1. | Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/ Jalan Kampung Jawa |
2. | Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/ Lebuhraya Kampung Jawa |
3. | Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas/ Hilir Sungai Keluang 1 |
Cadangan ini akan diuji oleh polis dengan kerjasama MPPP mulai 24 September 2010 dan akan dikekalkan sekiranya didapati boleh membantu melegakan kesesakan lalulintas pada waktu puncak petang di sepanjang Lebuhraya Bayan Lepas. Tempoh larangan dari 5.30 petang hingga 7.00 petang mungkin akan dipanjangkan atau dipendekkan bergantung kepada keadaan lalulintas di Lebuhraya Bayan Lepas.
Kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan larangan ini dinasihatkan untuk menggunakan jejambat Persiaran Bayan Indah atau pusingan ’U’ sebelum Jalan Batu Maung untuk memusing balik ke Lebuhraya Bayan Lepas.
Tuan/ puan boleh menghubungi Majlis di talian 04-2592202 (Puan Rafidah atau Puan Rashidah) atau email ke alamat azlirizal@mppp.gov.my sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 23 September 2010