oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PENGUMUMAN

 
NOTICE TO PERSONS WITH BURIAL RIGHTS AND PERSONAL REPRESENTATIVES AND / OR FAMILY MEMBERS OF BURIAL RIGHTS OF THE DECEASED BURIED AT WESTERN ROAD CHRISTIAN CEMETERY, PENANG (TO UPDATE THE REGISTER OF MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG)
 
Majlis merujuk kepada notis pemberitahuan di atas yang disiarkan pada 01 September 2010 dan ingin memaklumkan bahawa Majlis sedang dalam proses mengemaskini rekod pendaftaran tapak perkuburan tersebut.

Majlis membuat hebahan kepada orang ramai yang berkepentingan melalui notis pemberitahuan ini bertujuan untuk mengesan waris-waris yang telah membeli plot-plot perkuburan seawal tahun 1809an bagi mengemaskini maklumat-maklumat antara lain
  • alamat terkini waris
  • waris yang boleh dihubungi melalui telefon atau e-mel dan lain-lain
bagi tujuan penyempurnaan pengurusan tapak perkuburan tersebut.

Majlis juga dalam perancangan untuk menaiktaraf persekitaran perkuburan tersebut supaya kelihatan lebih teratur dan kemas.

Selain daripada itu, Majlis juga bercadang menggantikan pagar yang rosak, mencahayakan serta melanskap kawasan perkuburan tersebut supaya lebih menarik.

Majlis ingin menjelaskan bahawa terdapat banyak permintaan daripada orang ramai untuk membeli / menyewa plot-plot kosong di tapak perkuburan tersebut serta permintaan bagi plot-plot kosong adalah tinggi sedangkan kekosongan adalah terhad. Untuk makluman, terdapat plot-plot yang telah dibeli tetapi masih tidak digunakan sehingga sekarang.

Dengan tersiarnya notis pemberitahuan ini, Majlis ingin memaklumkan bahawa terdapat banyak maklumbalas daripada orang ramai. Majlis tidak berhasrat untuk mengambil plot-plot yang telah dijual untuk diguna semula samada disewa atau dijual kepada pihak yang lain. Notis pemberitahuan ini telah dilanjutkan sehingga semua maklumat-maklumat telah diperolehi.



Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Bertarikh: 15 September 2010

 

Bookmark and Share
Paparan : 8058
Tarikh Akhir Dikemaskini : 20 September 2010