PERNIAGAAN PASAR RAMADHAN ANJURAN MPPP DI HADAPAN PENANG BAZAAR, JALAN PENANG SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2010
____________________________________________________
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan menganjurkan Pasar Ramadhan di hadapan Penang Bazaar, Jalan Penang. Majlis akan menyediakan dua puluh (20) buah tapak untuk peniaga-peniaga menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan.
Sehubungan itu, Majlis ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk hadir temuduga hadir sendiri (walk in interview) pada 10 Ogos 2010 (Selasa), jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari, bertempat di Pejabat Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dewan Bandaraya, Jalan Padang Kota, Pulau Pinang.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
- warganegara Malaysia
- berumur lapan belas (18) tahun ke atas
- beragama Islam
Majlis ingin menegaskan bahawa warga asing tidak akan sama sekali dipertimbangkan untuk mengambil bahagian dalam perniagaan ini.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Abu Hassan bin Md. Zain di talian 04-2638818 / 019-4421491.
Sehubungan itu, kerjasama tuan / puan diminta untuk mewar-warkan kenyataan ini di dalam radio tuan / puan bagi memaklumkan kepada orang ramai.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Bertarikh : 06 Ogos 2010