SEKATAN JALAN RAYA UNTUK PERAYAAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-2 GEORGE TOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
Sempena perayaan sambutan ulang tahun ke-dua George Town sebagai tapak warisan dunia Unesco beberapa batang jalan akan ditutup kepada lalulintas pada 07 Julai 2010. Jalan-jalan yang akan ditutup pada 07 Julai 2010 dan tempoh masa yang terlibat adalah diberikan di jadual berikut. Sesalinan pelan tapak yang menunjukkan penutupan jalan-jalan terlibat adalah seperti disertakan (Lampiran 1).
| BIL | JALAN-JALAN YANG AKAN DITUTUP | TEMPOH |
| 1 | Sebahagian Lebuh Chulia di antara Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Pantai | 07 Julai 2010 mulai jam 7.00 pagi hingga jam 12.00 malam |
| 2 | Keseluruhan Lebuh Armenian di antara Lebuh Acheh dan Lebuh Pantai | 07 Julai 2010 mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 12.00 malam |
| 3 | Keseluruhan Lebuh Cannon di antara Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh | 07 Julai 2010 mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 12.00 malam |
| 4 | Keseluruhan Lebuh Acheh di antara Lebuh Pantai dan Lebuh Carnavon. | 07 Julai 2010 mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 12.00 malam |
| 5 | Sebahagian Lebuh Buckingham di antara Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lorong Seck Chuan | 06 Julai 2010 mulai jam 11 malam hingga 07 Julai 2010 jam 12.00 malam |
| 6 | Sebahagian Jalan Pintal Tali di antara Lebuh Campbell dan Pesara Clamant | 07 Julai 2010 mulai jam 4.00 petang hingga jam 12.00 malam |
Bagi laluan bas awam sepanjang tempoh penutupan sebahagian Lebuh Chulia di antara Jalan Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Pantai adalah bermula pada 06 Julai 2010 mulai jam 9.00 malam hingga 07 Julai 2010 jam 12.00 malam, bas-bas awam akan dilencongkan seperti ditunjukkan di Lampiran 2.
| BIL | LALUAN BAS SEDIADA | LALUAN BAS YANG DILENCONGKAN SEMASA PENUTUPAN LEBUH CHULIA DI ANTARA JALAN MASJID KAPITAN KELING DAN LEBUH PANTAI |
| 1. | Dari Pengkalan Weld ke Komtar melalui Lebuh Chulia | Pengkalan Weld, Gat Lebuh Chulia, Lebuh Victoria, Gat Lebuh China, Lebuh Pantai, Lebuh Light, Jalan Masjid Kapitan Keling, Kampung Kolam, Lebuh Carnavon |
| 2. | Dari Komtar ke Pengkalan Weld melalui Lebuh Chulia | Lebuh Chulia/Lebuh Carnavon, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Farquhar, Lebuh Light, Pengkalan Weld |
Majlis akan mengadakan tanda-tanda lalulintas dan hadangan untuk menutup jalan serta melencongkan aliran lalulintas. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa melalui kawasan ini dan merancang perjalanan lebih awal. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Majlis mengharapkan kerjasama tuan-puan untuk bersama-sama menjayakan perayaan ini.
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan diminta untuk membuat kenyataan di dalam akhbar tuan/puan bagi memaklumkan kepada orang ramai.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Perhubungan
Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Bertarikh : 05 Julai 2010