oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PENGUMUMAN

CADANGAN PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI KAWASAN YANG DILINGKUNGI OLEH JALAN BURMA, JALAN PANGKOR, JALAN KELAWAI DAN JALAN BAGAN JERMAL, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis bercadang untuk menyusun semula aliran lalulintas dan mengadakan sistem jalan sehala di kawasan yang dilingkungi oleh Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Kelawai dan Jalan Bagan Jermal seperti pelan yang disertakan.

 Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:

BIL JALAN YANG TERLIBAT ARAH ALIRAN LALULINTAS DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN
 1. Sebahagian Jalan Burma diantara Jalan Pangkor dan Jalan Bagan Jermal Sehala
Dari Jalan Bagan Jermal ke Jalan Pangkor
 2. Sebahagian Jalan Kelawai di antara Jalan Pangkor dan Jalan Bagan Jermal Sehala
Dari Jalan Pangkor ke Jalan Bagan Jermal
 3. Jalan Pemenang di antara Persiaran Gurney ke Jalan Kelawai Sehala
Dari Persiaran Gurney ke Jalan Kelawai
 4. Sebahagian Jalan Cantonment diantara Jalan Burma ke Jalan Berjaya Sehala
Dari Jalan Berjaya ke Jalan Burma
 5. Sebahagian Lebuhraya Codrington di antara Jalan Burma dan Jalan Yeoh Guan Seok Sehala
Dari Jalan Burma ke Jalan Yeoh Guan Seok
 6. Jalan Concordia Sehala
Dari Jalan Kelawai ke Persiaran Gurney
 7. Lebuhraya Maktab Sehala
Dari Jalan Kelawai ke Jalan Burma
 8. Lorong Maktab Sehala
Dari Jalan Burma ke Jalan Kelawai
 9. Medan Maktab Sehala
Mengikut pusingan lawan jam
 10. Lorong Leandros Sehala
Dari Jalan Kelawai ke Jalan Burma
 11. Lorong Bangkok Sehala
Dari Jalan Burma ke Jalan Kelawai
 12. Jalan Jones Sehala
Dari Jalan Burma Ke Jalan Kelawai
 13. Lorong Kucing Sehala
Dari Jalan Berjaya ke Jalan Burma
 14. Lorong Pulau Tikus Sehala
Dari Jalan Burma ke Jalan Berjaya
 15. Jalan Yeoh Guan Seok Sehala
Dari Lebuhraya Codrington ke Jalan Cantonment
 16. Jalan Khidmat yang menghubung Jalan Kelawai dan Persiaran Gurney di persimpangan Jalan Kelawai/ Persiaran Gurney Sehala
Dari Persiaran Gurney ke Jalan Kelawai

 

2. Sehubungan ini, Majlis menjemput tuan/puan untuk mengemukakan pandangan, ulasan, bantahan atau persetujuan mengenai cadangan tersebut. Setiap maklumbalas daripada tuan/ puan akan dikaji oleh Majlis sebelum keputusan dibuat samada cadangan tersebut akan dilaksanakan atau tidak.

 3. Sila tuan/ puan tulis surat kepada jabatan ini atau hubungi Majlis di talian 04-2592202 (Puan Rafidah atau Puan Rashidah) atau email ke alamat rajendra @ mppp.gov.my sebelum 15 Julai 2010 sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberi pandangan.

 

Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 14.6.2010

Bookmark and Share
Paparan : 6966
Tarikh Akhir Dikemaskini : 21 Jun 2010