CADANGAN PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN JALAN UTAMA DI ANTARA PERSIMPANGAN JALAN UTAMA/ JALAN RESIDENSI/ JALAN ROSS DAN PERSIMPANGAN JALAN UTAMA/JALAN PENJARA, PULAU PINANG
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis bercadang untuk menyusun semula aliran lalulintas dengan mengadakan sistem jalan sehala di sebahagian Jalan Utama antara persimpangan Jalan Utama/ Jalan Residensi/ Jalan Ross dan Persimpangan Jalan Utama/ Jalan Penjara seperti pelan yang disertakan.
Arah aliran lalulintas yang dicadangkan adalah seperti berikut:
| BIL | JALAN YANG TERLIBAT | ARAH ALIRAN LALULINTAS DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN |
| 1. | Sebahagian Jalan Utama di antara persimpangan Jalan Utama/ Jalan Residensi/ Jalan Ross dan persimpangan Jalan Utama/ Jalan Penjara | Dari persimpangan Jalan Utama/ Jalan Residensi/ Jalan Ross ke persimpangan Jalan Utama/ Jalan Penjara |
2. Sehubungan ini, Majlis menjemput tuan/puan untuk mengemukakan pandangan, ulasan, bantahan atau persetujuan mengenai cadangan tersebut. Setiap maklumbalas daripada tuan/ puan akan dikaji oleh Majlis sebelum keputusan dibuat samada cadangan tersebut akan dilaksanakan atau tidak.
3. Sila tuan/ puan tulis surat kepada jabatan ini atau hubungi Majlis di talian 04-2592202 (Puan Rafidah atau Puan Rashidah) atau email ke alamat rajendra @ mppp.gov.my sebelum 15 Julai 2010 sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberi pandangan.
Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 14.6.2010