PENUKARAN ALIRAN DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG BARU, PULAU PINANG
Mulai 22 Mac 2010, Majlis akan menukar aliran lalulintas dua hala di sebahagian Lorong Baru ke sehala dari pukul 4.00 petang ke 12.00 tengah malam setiap hari kecuali hari-hari di mana penjajaan tidak dijalankan. Pelan adalah disertakan.
2. Penyusunan semula lalulintas ini akan dijalankan secara ujian untuk satu tempoh tertentu untuk mengenalpasti kesesuaiannya dan akan melibatkan sebahagian Lorong Baru sahaja. Arah aliran lalulintas yang akan ditetapkan adalah seperti di jadual berikut :-
Bil. | Bahagian Jalan Yang Terlibat | Arah Aliran Lalulintas |
1. | Sebahagian Lorong Baru di antara laluan keluar Hotel Sunway dan Jalan Macalister | Dari laluan keluar Hotel Sunway ke Jalan Macalister. |
2. | Sebahagian Lorong Baru dari Jalan Dato Keramat ke laluan keluar Hotel Sunway | Aliran lalulintas dua hala dikekalkan. |
3. Tujuan jalan sehala dilaksanakan adalah untuk melegakan kesesakan dan melicinkan aliran lalulintas di jalan-jalan dan persimpangan terlibat. Di samping ini, cadangan tersebut juga adalah untuk mengurangkan konflik lalulintas di persimpangan Jalan Macalister / Lorong Baru. Dengan penukaran aliran lalulintas di sebahagian Lorong Baru, kenderaan-kenderaan dari Jalan Macalister akan dilarang membelok masuk ke Lorong Baru.
4. Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan kelicinan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.
5. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan diminta untuk membuat hebahan di dalam akhbar tuan/puan bagi memaklumkan kepada orang ramai.
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh :
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Bertarikh : 08 Mac 2010