Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
PENGUMUMAN

LARANGAN  PEMBELOKAN KE KANAN DARI JALAN TANJUNG TOKONG KE LALUAN MASUK KAMPUNG , JALAN TANJUNG TOKONG LAMA DI PERSIMPANGAN BERLAMPU ISYARAT JALAN  TANJUNG TOKONG / JALAN TOKONG (FLAT UDA).

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mulai 1 Mac 2010 jam, 10.00 pagi, kenderaan-kenderaan di Tanjung Tokong (dari arah Tanjung Bunga) akan dilarang membelok kanan ke laluan kampung, Jalan Tanjung Tokong Lama  di persimpangan berlampu isyarat Jalan Tanjung Tokong/ Jalan Tokong ( Flat Uda).

Tujuan larangan ini  adalah untuk melicinkan aliran lalulintas di Jalan Tanjung Tokong dan mengoptimakan penggunaan lorong-lorong lalulintas. Kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan larangan ini boleh membelok kanan di persimpangan Jalan Tanjung Tokong/ Jalan Tanjung Tokong Lama. Larangan ini akan dilaksanakan secara ujian selama tempoh satu bulan sebelum keputusan dibuat untuk memuktamadkannya.

Kawalan lampu Isyarat akan diubahsuai dan tanda lalulintas akan didirikan untuk menguatkuasakan larangan ini pada 1 Mac 2010. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi larangan yang akan diadakan.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 25 Februari 2010

CARIAN
KALENDAR
30 Jun 2010
M T W T F S S
30 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4
Lagi Peristiwa Bulan Ini

 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Unit Tadbiran Perancangan dan Pengurusan Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang   Portal MSC  Portal OSC