PENGUMUMAN PENGUMUMAN

Jejak Warisan Sempena Sambutan Hari Bandaraya George Town

Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Penang Heritage Trust akan mengadakan jejak warisan secara percuma kepada orang ramai pada 01.01.2010, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari sempena Sambutan Hari Bandaraya George Town.

Jejak warisan ini akan bermula daripada Penang Town Hall di Jalan Padang Kota Lama dan berakhir di Lebuh Acheh. Peserta-peserta  jejak warisan ini akan mengunjungi beberapa tapak warisan dan tempat keagamaan di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling yang biasanya lebih dikenali sebagai ‘Street of Harmony” di mana orang ramai daripada berbilang bangsa, latarbelakang budaya dan peringkat umur dapat mengunjungi dan mempelajari sejarah awal migrasi dan tradisi keamanan dan keagamaan yang sedia wujud bersama.

Jejak warisan ini merupakan salah satu program pendidikan yang dikelolakan oleh Penang Heritage Trust bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warisan di kalangan orang ramai.

Jejak warisan ini akan dikendalikan dalam dua (2) bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin oleh pemandu yang terlatih.
Pra pendaftaran boleh dibuat di Penang HeritageTrust,  26 Church Street, City of George Town, 10200 Pulau Pinang, di talian 04-2642631. Pendaftaran secara berkumpulan tidak dibenarkan.

Sekian, dimaklumkan.

Dikeluarkan oleh :
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Bertarikh  : 28 Disember 2009