CADANGAN PENUKARAN ALIRAN LALULINTAS DUA HALA KE SEHALA DI SEBAHAGIAN LORONG BARU, PULAU PINANG
Majlis bercadang untuk menyusun semula aliran lalulintas dan mengadakan sistem jalan sehala di sebahagian Lorong Baru seperti pelan yang disertakan.
BIL | JALAN YANG TERLIBAT | ARAH ALIRAN LALULINTAS YANG DICADANGKAN |
1. | Sebahagian Lorong Baru di antara laluan keluar Hotel Sunway dan Jalan Macalister | Dari laluan keluar Hotel Sunway ke Jalan Macalister |
2. | Sebahagian Lorong Baru dari Jalan Dato Keramat ke laluan keluar Hotel Sunway | Aliran lalulintas dua hala dikekalkan |
Tujuan jalan sehala dicadangkan adalah untuk mengurangkan kesesakan dan melincinkan aliran lalulintas serta mengurangkan masalah konflik dan gangguan lalulintas di persimpangan Jalan Macalister/ Lorong Baru.
4. Sehubungan ini, Majlis menjemput tuan/puan untuk mengemukakan pandangan, ulasan, bantahan atau persetujuan mengenai cadangan tersebut. Setiap maklumbalas daripada tuan/ puan akan dikaji oleh Majlis sebelum keputusan dibuat samada cadangan tersebut akan dilaksanakan atau tidak. Cadangan-cadangan tuan akan diberi pertimbangan oleh MPPP dan pindaan-pindaan akan dibuat sekiranya perlu.
5. Sila tuan/ puan tulis surat kepada jabatan ini atau hubungi Majlis di talian 04-2592202 (Puan Rafidah atau Puan Rashidah) atau email ke alamat rajendra @ mppp.gov.my sebelum 31 Disember 2009 sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin memberi pandangan.
Dikeluarkan Oleh :-
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 1 Disember 2009