oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
BERITA & PENGUMUMAN

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN HIJAU & PENGURANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK

  1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan mulai 01 Julai 2009, setiap hari Isnin telah diisytiharkan sebagai ‘Hari Tanpa Plastik’ di negeri ini.
  2. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang juga telah dan sedang menjayakan Kempen ‘No. Plastic Bag’ dengan mengadakan beberapa program yang melibatkan kerjasama di antara pasar raya, pihak sekolah serta masyarakat.
  3. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan mengadakan Program Kempen Kesedaran Hijau & Pengurangan Penggunaan Beg Plastik bersama Sunshine Supermarket, IRM, Dell dan komuniti tempatan. Aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut termasuk peraduan mewarna kanak-kanak dengan tema ‘pengurangan plastik’, ceramah dan pameran kitar semula serta kitar semula computer (‘P.C Recycling’).
  4. Peraduan mewarna kanak-kanak akan diadakan di Konkos, Tingkat 1, Sunshine Square, Bayan Baru, Pulau Pinang  pada 31 Oktober 2009 mulai jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.
  5. Program dan aturcara rasmi adalah seperti berikut :-
  Tarikh   : 31 Oktober 2009
  Masa    : 4.00 petang
  Tempat  : Konkos, Tingkat 1, Sunshine Square, Bayan Baru,
      No. 1, Jalan Mayang Pasir,
      11950 Bayan Lepas,
      Pulau Pinang.

 

Aturcara      
3.30 petang   -   Ketibaan tetamu-tetamu jemputan
4.00 petang -   Ketibaan Y.B. Tuan Chow Kon Yeow
      Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
      Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Pengurusan Lalulintas
  -   Ucapan alu-aluan oleh Encik Yee Kam Ming
      Pengarah Urusan Sunshine Wholesale Mart Sdn. Bhd.
  -   Ucapan dan Upacara Perasmian oleh Y.B. Tuan Chow Kon Yeow
  -   Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak
  -   Lawatan ke tapak pameran
  -   Jamuan ringan
  -   Bersurai

 

Sekian, terima kasih.

 

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Perhubungan Awam,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Bookmark and Share
Paparan : 4440
Tarikh Akhir Dikemaskini : 12 November 2009