PENUKARAN ALIRAN DUA HALA KE SEHALA DI LORONG MADRAS,JALAN ZAINAL ABIDIN, LORONG SELAMAT DAN LEBUH ONG CHONG KENG, PULAU PINANG
Dengan hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menukar arah aliran lalulintas dua hala ke sehala di Lorong Madras, Jalan Zainal Abidin, Lorong Selamat dan Lebuh Ong Chong Keng pada 8 Oktober 2009 (Hari Khamis) jam 10.00 pagi. Sistem jalan sehala ini akan diuji untuk satu tempoh tertentu untuk membenarkan orang ramai mengemukakan pandangan serta membolehkan MPPP mengambil tindakan penambahbaikan sekiranya perlu. Sesalinan pelan adalah disertakan.
2. Arah aliran lalulintas sehala dan tindakan yang telah dicadangkan adalah seperti berikut:-
BIL | JALAN YANG TERLIBAT | ARAH ALIRAN LALULINTAS DAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN |
1. | Lorong Madras dari Jalan Macalister ke Lebuh Ong Chong Keng | Ditukar ke jalan sehala dengan arah aliran lalulintas dari Jalan Macalister ke Lebuh Ong Chong Keng (sebahagian Lorong Madras dari Lebuh Ong Chong Keng menuju ke Jalan Burma merupakan jalan sehala sediada) |
2. | Jalan Zainal Abidin | Ditukar ke jalan sehala dengan arah aliran lalulintas dari Jalan Burma ke Jalan Macalister |
3. | Lorong Selamat | Ditukar ke jalan sehala dengan arah aliran lalulintas dari Jalan Macalister ke Jalan Burma |
4. | Lebuh Ong Chong Keng | Ditukar ke jalan sehala dengan arah aliran lalulintas dari Lorong Madras ke Lorong Kinta |
5. | Jalan Burma di antara Jalan Penang dan Jalan Anson | Semua petak-petak letak kenderaan di tepi jalan dikeluarkan |
6. | Jalan Zainal Abidin dan Lorong Selamat di sebelah tepi tapak Projek Perumahan Rakyat | Petak letak kereta selari ditukar ke petak bersudut untuk mewujudkan petak letak kereta tambahan |
3. Tujuan sistem jalan sehala dicadangkan adalah untuk melegakan kesesakan dan melicinkan aliran lalulintas di jalan-jalan dan persimpangan terlibat. Di samping ini, cadangan tersebut adalah untuk mengurangkan konflik lalulintas dan menyediakan lebih banyak petak letak kenderaan di jalan-jalan yang bercabang.
4. Pemandu-pemandu adalah dinasihatkan untuk mematuhi arah aliran lalulintas dan larangan-larangan yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai dan melicinkan aliran lalulintas di kawasan yang terlibat.
Biro Penerangan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tarikh : 1 Oktober 2009