oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
BERITA & PENGUMUMAN

PERARAKAN PESTA TANGLUNG DI SEBAHAGIAN JALAN KELAWAI DAN PERSIARAN GURNEY, PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa perarakan Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh penduduk setempat dengan kerjasama ADUN Pulau Tikus akan dilangsungkan dari jam 7.00 petang hingga 11.00 malam, 3 Oktober 2009 (Sabtu).

Jalan-jalan yang terlibat dalam perarakan ini adalah sebahagian Jalan Kelawai di antara Gurney Plaza dan Persiaran Gurney dan sebahagian Persiaran Gurney di antara Jalan Kelawai dan Jalan Concordia. Sehubungan ini, jalan-jalan tersebut akan dihadang secara berperingkat sepanjang tempoh perarakan. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif semasa perarakan diadakan.
 

Bookmark and Share
Paparan : 6489
Tarikh Akhir Dikemaskini : 05 Oktober 2009