PENGUMUMAN PENGUMUMAN

PENGURANGAN SAMAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG MELALUI DISKAUN BAYARAN AWAL
_________________________________________________________________________________

1.         Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan mengurangkan kadar saman seperti berikut :

a)         Saman Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dikeluarkan mulai 01 Ogos 2009.

            Jika dibayar dalam tempoh 14 hari (termasuk hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am), pengurangan 50% akan diberikan oleh kashier Majlis dan;

b)         Saman Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dikeluarkan sebelum 01 Ogos 2009.

            Jika dibayar mulai 01 Ogos 2009 hingga 30 September 2009, pengurangan 50% akan diberikan oleh kashier Majlis. Selepas 30 September 2009, tiada pengurangan akan dibenarkan untuk kes-kes sebelum 01 Ogos 2009.

2.         Walau bagaimanapun, pengurangan saman ini tidak melibatkan Kes-Kes SAMPAH.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh :
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Bertarikh :  19 Ogos 2009