oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PENGUMUMAN

PENUTUPAN SEBAHAGIAN JALAN TRANG UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKAN PARIT MERENTANGI JALAN DI PERSIMPANGAN JALAN TRANG/ JALAN GURDWARA

Majlis ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan parit merentangi jalan di Jalan Trang di bahagian persimpangan Jalan Trang/ Jalan Gurdwara perlu dijalankan dengan segera demi keselamatan orangramai. Oleh yang demikian sebahagian Jalan Trang dari Jalan Gurdwara ke Jalan Tongkah terpaksa ditutup secara sementara dari 30 Julai hingga 28 Ogos 2009. Pelan tapak adalah disertakan.

2. Memandangkan bahagian Jalan Trang di antara Jalan Gurdwara dan Jalan Tongkah merupakan jalan sehala dengan arah aliran lalulintas dari Jalan Gurdwara ke Jalan Tongkah, maka kenderaan dari Jalan Gurdwara akan dilarang daripada menggunakan Jalan Trang. Kenderaan yang ingin menuju ke Jalan Trang boleh memilih beberapa laluan alternatif sediada. Laluan alternatif mudah adalah dari Jalan Gurdwara melalui Kampung Jawa Baru dan seterusnya Jalan Timah dan Kampung Jawa Lama ke Jalan Trang. Selain daripada ini, laluan yang boleh digunakan adalah dari Jalan Dato Keramat melalui Kampung Jawa Lama ke Jalan Trang.

3. Majlis telah mengadakan tanda-tanda lalulintas dan hadangan untuk menutup jalan serta melencongkan aliran lalulintas. Orangramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati semasa melalui kawasan ini dan segala kesulitan adalah amat dikesali.

Dikeluarkan oleh :
Bahagian Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Bertarikh : 30 Julai 2009

Bookmark and Share
Paparan : 3751
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Ogos 2009