oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
PENGUMUMAN
9. Pembatalan amalan memberi pengurangan/potongan amaun denda/kompaun Majlis Perbandaran Pulau Pinang
 
Adalah dimaklumkan bahawa jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan di mesyuaratnya pada 21 Oktober 2008 telah membuat keputusan supaya amalan sediada untuk memberi potongan/pengurangan kepada amaun denda/kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (MPPP dan MPSP), diberhentikan berkuatkuasa dari 1 November 2008.
 
Susulan dari keputusan itu, YB Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan telah bersetuju untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menikmati potongan/pengurangan amaun denda/kompaun (kecuali kesalahan pembersihan) secara pentadbiran sehingga 21 November 2008.  Ini bermakna bagi tempoh 1 November 2008 hingga 21 November 2008, semua denda/kompaun akan diberi potongan/pengurangan mengikut kadar-kadar yang dibenarkan di kaunter bayaran sahaja.
 
Mulai dari 22 November 2008, semua amaun denda/kompaun perlu dibayar dengan sepenuhnya mengikut amaun yang ditetapkan mengikut jenis kesalahan.
 
Setiausaha Perbandaran
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
 
Bookmark and Share
Paparan : 5232
Tarikh Akhir Dikemaskini : 21 Mac 2009