MENGURANGKAN LONGGOKAN SAMPAH MENGURANGKAN LONGGOKAN SAMPAH

Pelonggokan sampah secara haram terus berlaku di atas simpanan jalan, kawasan-kawasan lapang di sepanjang jalan, kawasan-kawasan berbukit terpencil dan tanah kosong prebet. Jenis-jenis sisa pepejal yang dilonggok secara haram adalah sampah domestik, sampah kebun, sampah binaan dan runtuhan, sampah pukal, sisa perindustrian dan lain- lain. Tindakan seperti berikut telah diambil untuk menghapuskan masalah ini:

  • Membersih tapak melonggok sampah haram.
  • Mendirikan papan tanda "Dilarang Melonggok Sampah".
  • Melanskap tapak berkenaan, di mana mungkin.
  • Memastikan kontraktor menyediakan perkhidmatan pungutan sampah dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan.
  • Mendapatkan bantuan JKKK, RT dan Persatuan Penduduk untuk memberitahu penduduk-penduduk supaya jangan membuang sampah sewenang-wenangnya.
  • Memberi pendidikan awam dengan risalah mengenai cara pelupusan sampah yang betul termasuk penggunaan beg plastik dan penggunaan tong sampah yang 'standard' dengan penutup yang ketat. Menempatkan kakitangan untuk tindakan penguatkuasaan