oku Kembali ke Asal bbcblue bbchivic bbcsoft SAIZ TULISAN : Kecilkan Teks Besarkan Teks Kembali ke Asal WARNA TULISAN : Teks Warna Merah Teks Warna Biru Teks Warna Hijau DENGAR TEKS : voice
KADET ALAM SEKITAR

Penubuhan Kadet Alam Sekitar yang melibatkan beberapa buah sekolah di Pulau dan Seberang Perai telah dilancarkan pada 25.10.97.

Program perintis penubuhan Kadet untuk sekolah di Pulau melibatkan:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Bunga
  • Sekolah Menengah Chung Ling
  • Sekolah Menengah Penang Free
  • Sekolah Menengah Abdullah Munshi
  • Sekolah Menengah Seri Balik Pulau
  • Sekolah Menengah St. George

Pasukan beruniform ini bertujuan:

  • Memberi bimbingan dan kesedaran mengenai alam sekitar kepada para pelajar
  • Memberi maklumat dan mendidik para pelajar agar prihatin terhadap alam sekitar
  • Memberi kefahaman kepada para pelajar akan usaha kerajaan dalam mengawal
    dan mencegah pencemaran alam sekitar
  • Menyemai rasa kasih dan sayang terhadap persekitaran dan keindahan yang dikurniakan Tuhan

Aktiviti Kadet Alam Sekitar dipergiatkan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pada 20.10.97-26.10.97, Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia 1997 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah diadakan di Pulau Pinang. Objektifnya ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat melalui pelbagai projek kesedaran bagi menggalakkan masyarakat untuk lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan memelihara alam sekitar . Kadet Alam Sekitar telah dilancarkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia.

Bookmark and Share
Paparan : 7751
Tarikh Akhir Dikemaskini : 21 Mac 2009